" F l o w e r "

flaw

Hai Welcome Here


" Welcome to my bittersweet diary "

We can chatting here

<>




Tonton 'The Flash' Online (Season 2) - HIGH QUALITY}
Sunday, April 3, 2016 | 4:09 AM | 0Comment


Assalamualaikum.

So today, we wanna talk about The Flash Season 2! Siapa yang dah tengok The Flash, raise your hands up! Yeah.. Best kan cerita tu? Kat Malaysia cuma Season 1 ditayangkan di TV3. Kalau tak silap, setiap hari Rabu malam.

Cerita ni memang best giler. Rugi siapa yang tak follow. Sebenarnya, cerita di di US dan UK, dah masuk Season 2. Season 2 ni memang best gila dan rating dia lebih tinggi dari the first one. Kalau Season 1 lebih berkisar kepada Barry Allen dan konflik keluarga + kawan-kawan dia, Season 2 is super duper awesome-er haha!

Season 2 banyak berkisar tentang keluarga Iris. Lagi best, dia banyak ceritakan pasal time travel. Dalam episod pertama pun dah reveal bahawa adanya parallel universe - Earth One and Earth Two. As a shocker, Harrison Wells yang erased from existence masa episod akhir Season One diwujudkan balik. Kononnya selepas singularity berlaku, banyak portal (called: the breach) yang menghubungkan Earth One dan Earth Two terbuka. Dan ada sistem doppelganger. Bermakna, sesiapa yang ada di Earth One ada doppelganger di Earth Two. Jadi, SPOILER ALERT, Harrison Wells masih hidup. Kali ini bukan sebagai Eobard Thawne tapi one solid body of Wells!


Well, better for you to know these from watching the season, ain't it?


Kat mana nak tonton online?

Paling best, Una selalu tengok dalam Youtube. Tapi bukan sebarangan channel. Channel ni dalam 4K quality, which is very very high quality. Biasanya dalam sehari atau max dua hari dah ada di-upload episod baru. Baru-baru ni dorang add video baru dari Arrow, Supergirl dan DC Legends of Tomorrow tapi kebanyakannya crossover dengan The Flash.

Boleh klik ni untuk tonton >>> THE FLASH 4K


Enjoy Watching!


TIPS: Tangani Stress Ditolak Penerbit!}
Monday, November 2, 2015 | 9:29 PM | 0Comment


Assalamualaikum, and hi guys!

Sooo! Hari ini nak cerita pasal kes penulis yang ditolak penerbit. Topik ni orang yang jadi penulis aje yang faham, betapa sakitnya direject oleh penerbit. Ups!

Bayangkanlah... Kita tengah seronok ni menaip. Dah habis siapkan novel kita yang pertama tu. Rasa-rasa kita, dah cukup baik dah penulisan ni. Idea dah lain daripada yang lain. Kita pun menulis sambil tangkap feeling semua. Dengan harapan yang menggunung tinggi, kita hantarlah manuskrip kita pada penerbit. Ajet-ajet ambik penerbit yang besar sikit macam PTS ke Media Prima ke. Ahem!

Tiba-tiba tunggu sampai 3 bulan proses penilaian (atau berminggu-minggu), dapat emel. Bajet hepi tiba-tiba dapat berita yang novel tu direject. Apa reaksi korang?

Woah! Terkesima. Terkejut sampai tahap speechless. Sedih, menangis, menonggeng bagai. Biasalah semua kesedihan tu kan. Kena reject, memang alien sangat lah kalau tak sedih. So, macam mana korang, dak-dak remaja, penulis baru ni atasi perasaan sedih ni? Kadang-kadang kita bukan patah semangat dah nak menulis. Cuma, rasa sedih tu payah nak hilang. Kan...


Tips Mengatasi Sedih Direject Penerbit

1. Take your time. Rehat.
Tarik nafas dalam-dalam, kemudian hembus. Kalau perlu, berbaring atas katil sambil peluk teddy bear. Kalau sedih lagi, tidur dulu. Masa ini, kita cuma perlukan masa untuk bersendirian. Jangan paksa diri okey! Berhenti menulis, berhenti mengedit dahulu.

2. Buat sesuatu yang korang akan happy bila buat.
Contohnya, tengok movie, dengar lagu, bersukan. Kalau boleh, ceritakan pada kawan, keluarga atau sesiapa yang korang yakin boleh bagi support, boleh dipercayai dan rapat dengan korang.

3. Menangis kalau perlu!
Sesetengah orang memang boleh release tension kalau menangis. So, jangan malu. Boleh menangis atas bahu kawan, atau kalau korang prefer menangis sensorang pun boleh. Lagi bagus kalau menangis sambil mengadu depan Allah :)

3. Solat, baca Al-Qur'an atau dengar bacaan Al-Qur'an
Masa ni korang mungkin dah dapat ketenangan sikit. Dah dapat lari daripada bucu katil tu. Huhu... Jadi boleh proceed untuk lebih ketenangan rohani dan dalaman.

4. Kaji sebab apa manuskrip kena reject
Buka minda dan selak manuskrip korang satu-persatu. Skim aje dulu. Then, bandingkan dengan cara penulisan buku-buku yang diterbitkan oleh penerbit yang korang hantar dulu. Setiap penerbit, dia ada pattern penulisan. Jadi kalau manuskrip ditolak, kemungkinan besar sebab cara penulisan kita yang berbeza.

5. Tahu sebab-sebab biasa manuskrip direject!
Penulis baru selalu direject atas alasan yang hampir sama.

- Cara pengolahan yang tidak kemas/tidak cekap. Perlu banyak membaca lagi. Baca buku-buku dalam genre penulisan yang akan ditulis.
- Penggunaan bahasa yang tidak matang. Contohnya, singkatan yang pelik-pelik yang dianggap moden tu. Haha
- Kesalahan biasa dalam tanda baca, huruf besar, penggunaan di, daripada yang belum betul.
- Tidak mengkaji corak penulisan penerbit.
- Plot yang tidak kemas.
- Penulisan yang boleh diagak perjalanan ceritanya. Contoh : reveal watak jahat awal sangat.

6. Baca buku daripada penulis terkenal.
Ini mengikut genre yang korang nak tulis. Kalau fantasi, baca banyak-banyak novel RAM. Kalau cinta, bacalah Andai Itu Takdirnya ke... Ikut suka koranglah! Seeloknya daripada rumah penerbit yang korang nak hantar.

7. And lastly... Edit, edit dan edit!
Proses edit ni biasanya memang ambik masa yang lebih lama daripada proses penulisan tu sendiri. Masa ni, bolehlah buat kajian. Supaya novel yang kita hasilkan tu adalah novel yang berilmiah. Faktanya betul. Tak kiralah novel cinta ke psiko ke. Latar tempatnya pastikan realistik dan tepat. Supaya korang takdelah kena bash nanti!


Habis... Lastly, nak cakaplah. Kalau kena reject ni biasalah. Penulis terkenal macam Damya Hanna tu pun pernah direject. Sehebat-hebat novel JK Rowling pun kena reject, banyak kali pulak tu! Husna sendiri pun kalau tak silap dah 8/9 kali dah kena reject. Biasalah... Adat sekarang ni, penulis ramai.

Jangan give up! Teruskan menulis. Beli novel-novel penulis terkenal, tak kisahlah Ramlee Awang Murshid ke apa ke nama penulis novel cinta tu, bacalah banyak-banyak. Bukan tiru sebijik cara dorang tulis! Tapi, jadikan cara penulisan dorang tu macam rujukan korang.

All the best! Jangan risau, kita berhuhuhu sama-sama. Hehe...