" F l o w e r "

flaw

Hai Welcome Here


" Welcome to my bittersweet diary "

We can chatting here

<>




Belajar Bersyukur, Accept Differences}
Friday, January 9, 2015 | 9:00 AM | 0Comment


Salam.

Banyak kali dah belajar benda ni. Rewind, rewind lagi.
Bukan semua orang suka benda yang sama. Kadang-kadang kita tak suka juga, bila benda yang kita suka, orang lain tak suka. Orang selalu tak puas hati untuk something dalam hidup dia. Even untuk benda-benda kecik je.

Kulit dah mulus, putih. Complaint kata chubby sangatlah.
Suara dah sedap. Merdu. Nak lagi sedap lagi.


Contoh

Semua orang berbeza. Contohnya, bukan semua orang akan suka ton suara yang sama. Contohnya, ada orang yang suka suara yang lunak lembut macam Siti Nurhaliza, yang lain sikit macam Shila Amzah, suara yang lembut-lembut macam Najwa Latif dan jenis yang sesuai kalau diiringi dengan gitar. Macam effortless gitu.

Dan, saya sendiri suka suara serak-serak basah macam Demi Lovato. Eh?


Bila dah masuk kolej, lama-lama mula nampak differences dalam diri orang lain.


Everybody has their own, different battle to fight

1. Ada orang yang struggle dengan diri sendiri. Lawan rasa rindu kepada orang lain.
2. Ada orang yang kurus, slim gila, dan teringin nak naik berat badan. Makan sampai tercungap-cungap.
3. Ada orang yang nak slim. Selalu concern dengan berat badan.
4. Ada orang yang sangat obsess dengan organising.
5. Ada orang yang sangat komited dengan persatuan. Macam separuh daripada kehidupan dia orang akan bermotivasi yang aura positif dia lebih daripada orang lain.
6. Ada orang yang passion dia dalam bidang penulisan.
7. Ada orang yang payah nak tetapkan matlamat hidup dia apa dan just 'go with the flow'.
8. Ada orang tu yang minat dengan crafting, sistem solar, benda-benda yang rare. Yang selalu orang anggap pelik, dia suka
9. Ada yang gila berani ambil risiko. Study bidang sains tapi sendiri minat Math sebab nakkan cabaran dalam hidup.
10. Ada yang fanatik gila sports. Suka tengok peluh mengalir. Puas.

Dan, ada orang tu yang terlalu passion dalam bidang penulisan. Eh eh??


Jangan pernah kata orang lain pelik. Itu macam menjatuhkan semangat orang lain. Dah semua orang passionnya lain.

Allah jadikan manusia di muka bumi ini berbeza-beza untuk saling berkenalan. Dan belajar. Yang namanya Husna ini, akan cuba menghargai setiap perbezaan orang lain.

Sekian, nak study. Diba kat sebelah dah sejam buat kerja. Bye! Assalamualaikum.




The Comeback! (2015)}
| 12:36 AM | 0Comment


Assalamualaikum.

Studying. Hectic life. Sekarang baru habis exam AS Edexcel, well... baru habis part yang sangat susah. Which I would say, Chemistry and Biology. Just wanna do some updates. Baru naik 2015 kan... Nampak tu, berapa punya lama dia tinggal blogging. And also, teringat kata-kata Aifa Radzi, housemateku yang tinggi lampai. "A diary could be great. Like, when your at your late 20's (bajet baru nak masuk umur 20 tahun), when you open that pages. Mannn, nostalgia gila.

So, this blog will be a medium where I would refer back and see how my mind matures~

Sem 4 macam mana? Well, in case of academic part, exam... exam... exam. Minggu depan ada laboratory examination (writing) and calculation, Stats and Maths. TBH, tak nak pikir dan tak nak tulis macam mana prestasi masa dalam exam hall tu. Sebab macam susah soalan dia. Dan dah tak nak bahas pasal tu. Seperti biasa, delete dalam minda siap-siap. Delete..delete... delete. DONE.


Housemates Baru?

Roommate:  Aifa, macam sem 3 yang lepas. Memang segan mula-mula. She's like my big sister.

Housemate 1:
Kadu, or Atiqah Bedu. Seseorang dengan kisah cinta yang penuh drama. Pandai gila walaupun tak struggle macam orang lain. Pandai yang gifted. Penggondol A* terbanyak dalam rumah ni.
Kesian sebab nak gemuk tapi nak makan pun tak larat. Slim tahap xxxs aku rasa. Bayangkanlah macam mana :P.
Like I said, makan je kalau lapar. Kalau tidak bersedialah menerima leteran daripada saya!
Housemate 2:
Diba. Heartless, I would say and she would say the same! Kesian, nak study malam tapi selalu halfway. Tak pandai saya nak menggerak-gerak awak, cik Diba. Kite bukannya orang yang rajin sangat sebenarnya kalau bab gerak ni.
Senang jatuh cinta. Diakui oleh kita semua (cecewah!).


New habit? New habit... new habit... Oh yeah, a lot!

Hobi Baru Saya!

1. Minum green tea jenama Ahmad Tea London. Squeeze lemon dalam hot water dan minum!
2. Makan popcorn Giant bila rasa nak mengunyah.
3. Tertarik dengan organising, study tips and student room.
4. Catat kalori dalam Myfitness Pal sekerap yang boleh.
5. Buat banyak sangat psychology test!
6. Dapat jugak masuk dalam society PSC yang nak sangat sejak Sem 1 lagi.


Pencapaian Baru

1. Turun berat sebanyak 5 kg selepas ambil Herbalife. Turun berat sebanyak 1 kg selepas tak ambil Herbalife, dan terkini, 1 kg selepas amalkan detox.
Kalau nak tips turun berat, boleh request!
2. Print out and do flashcards untuk Biology dan Chemistry.
3. Berjaya hantar manuskrip ke Yamani Angle dan diterima oleh anak buah syarikat. InsyaAllah manuskrip Kebangkitan Damian akan diterbitkan tahun 2015 juga. Awalnya dengar cerita, seawal bulan dua. Tapi belum ada respons lagi.


Memang banyak buang masa pun dari awal tadi sebab ganti blogskin bagai. Dah lewat malam ni. I need a refreshed mind for tomorrow. Stats and Maths, I'm coming!