Hai Welcome Here
" Welcome to my bittersweet diary " We can chatting here
|
refresh
profile
tutorial
affies
twitter
follow
Jangan Tersungkur Dari Jalan Keimanan}
Saturday, November 23, 2013 | 12:52 AM | 0Comment Assalamualaikum... Maaf kerana sudah lama menyepi diri. Allah, hanya Dia sahaja yang tahu betapa besar rasa bersalah dalam hati... Bismillahirrahmanirrahim... Hitung-hitung sudah berapa lama kita hidup dalam dunia sementara ini? 17? 18? 19 atau.. 20? Masya Allah. Alhamdulillah kepada Dia Maha Pemberi segala kebaikan untuk makhlukNya di muka bumi. Maha Besar Dia yang sentiasa memberi walaupun kita selalu menyakiti. Selalu sahaja berpaling dari pandangan dan panggilan Illahi. Allahu. Rasa bahagia sangat apabila melihat mereka-mereka yang semakin mendekati jalan Allah. Perlahan-lahan melabuhkan tudung, berstokin lengan dan kaki. Menjaga ikhtilat dan pandangan lelaki dan perempuan. Alhamdulillah bagi yang masih setia berjuang dalam mempertahankan keimanan. Yang memasuki medan dakwah samada yang baru berjinak-jinak atau sudah master. Alhamdulillah! Semoga beroleh pertolongan Allah selalu. Bagi mereka yang tersungkur dalam gejolak nafsu, sungguh Allah selalu bersamamu. Andai dia mengetuk pintu kesedaran, cepat-cepat bangun dari pembaringan kelalaian. Baru-baru ini ada jumpa kawan. Alhamdulillah, cantik orangnya. Tapi sayang, auratnya masih terbuka. Allahu, tak tahu macam mana nak tegur dia lepas ni. Pasti susah sebab saya sudah jarang bergaul rapat dengannya. Al maklumlah, dia pun sudah bekerja. Rezeki halal, insyaaAllah.. Saya cuba jugak pastikan wajah saya ni kekal tersenyum, tak jatuh sikit pun. Kerana saya tahu jauh di hati dia, dia dambakan kasih sayang Allah dan ganjaran baik di akhirat sana. Cuma dia belum bersedia dan rasa tak layak. Bukan dia seorang, ramai sangat kawan-kawan yang dah tersungkur dalam perang mempertahankan keimanan ini. Ramai sangat. Terlalu ramai.. Sungguh, rasa sangat berdosa sebab tak mampu "tarik" mereka macam semasa sekolah rendah dulu. Sekarang, saya cuba berdakwah bil hal kerana tidak mahu mengguris mana-mana hati yang terdetik ke arah Islam ini. Saya lihat mereka tersenyum. Saya berusaha raikan mereka, berlawak dengan mereka. Tak mahu mereka terguris hati, tersalah sangka dengan taman Islam ini sekiranya tersalah bicara. Sebab, sudah ada orang terdekat saya yang salah sangka dengan tarbiah Islam dan orang alim-alim ni. Hanya kerana mereka tidak beramal dengan ilmu. Belajar agama tetapi perangai terlebih teruk daripada mereka yang sekolah biasa. Allahu.. Itulah cabaran mereka yang ditarbiah. Beramal dengan ISTIQOMAH. Itu mereka yang environmentnya diuji begitu. Bagaimana pula mereka yang memang dibesarkan daripada keluarga yang beragama, rancak berbicara soal iman dan taqwa dsb? Apabila dicampakkan ke lautan dengan geloranya, ada hati-hati yang lemah dalam mengekalkan iman dalam diri. Ada hati-hati yang sudah tidak mampu menjaga ikhtilat lelaki dan perempuan. Ingat, lelaki dan perempuan tidak sepatutnya berhubungan melainkan atas urusan yang betul-betul penting sahaja. Takkan dah lupa? Kesal apabila orang yang pernah berhujah tentang hubungan lelaki dan perempuan akhirnya lalai dalam menjaga perhubungan. Orang yang memberi panduan dan video Fatimah Syarha bagi mengatasi masalah iktilat, cinta lelaki perempuan. Tapi akhirnya dia sendiri tersungkur. Tergolek. Bergelak ketawa dalam post facebook, status dan sebagainya. Dia yang mengajar orang, berhujah, "Jadilah wanita yang berada di taman larangan". Tapi diri sendiri dah berkawan-kawan dengan perempuan. Dah kacau bunga-bunga indah yang baru nak belajar tumbuh dari tanah rumput ini. Sibuk berqasidah, mengikut sunnatullah tetapi diri sendiri tak menggunakan perkataan yang indah dalam perbualan di media sosial ->Facebook. Apa yang lebih memberi kesalan ialah dia seorang pendakwah yang lantang berbicara di hadapan. Ketahuilah. Perkataan anda yang kesat-kesat itu boleh menjadi fitnah kepada pendakwah-pendakwah lain di luar sana. Tolong, jangan buat lagi... Mana tarbiah anda selama ini? Mana sunnah Rasulullah yang diagungkan? Mana amal dalam ayatul Qur'an yang dialunkan dulu? Mana dia yang dahulunya tegar dalam menjaga ikhtilatnya? Mana? Ya Allah, jadikanlah kekesalan ini sebagai ingatan bahawa-- Kaulah Cinta hati kami. Kaulah destinasi kami. Dan hanya kepada Kaulah kami kembali. Astaghfirullahalazim....Sebab itu hati ini kena selalu ditarbiah. Selalu menghadiri tazkirah ataupun ceramah daripada pendakwah bebas mana-mana. Paling tak pun tunggu depan tv menonton siaran Tanyalah Ustaz, 30 minit Bersama Ustaz Don, Al-Kuliyyah dan mana-mana rancangan indah berunsur islamik. Itu makanan rohani, makanan jiwa yang kosong dan rindukan RabbNya.. Bila sedar diri macam dah kosong balik, cepat-cepat sedar dari lembah kekosongan. Kalau boleh, tampar-tampar dan cubit-cubit diri andai terasa malas berbuat kebaikan. Ingat, kasih sayang, redha Allah yang menanti. Ingat syurga di sana nanti. Post ini bukan tujuan mengaibkan sesiapa. Ia hanyalah demi mengetuk pintu kesedaran saya dan anda. Semoga sentiasa berkehendakkan kepada tarbiah. Agar hati ini sentiasa mekar dengan bunga-bunga cinta daripada Allah. Semoga kita kuat menjaga iman ini, iman yang sekadar nipis kulit bawang ini.. Amin, Ya Rabb.. |