" F l o w e r "

flaw

Hai Welcome Here


" Welcome to my bittersweet diary "

We can chatting here

<>




Bila Allah Panggil, Jawab.}
Saturday, November 9, 2013 | 3:05 PM | 0Comment







Assalamualaikum, apa khabar imanku agaknya?

Bila Allah panggil, jawab.

Adakala iman manusia itu tinggi. Hari-harinya diisi dengan perkara-perkara yang mendekatkan diri kepada Allah. Lidahnya basah dengan zikir, istighfar. Tak henti-henti memuji namaNya. Azam di hati menggunung untuk berusaha mencari jalan untuk kebahagiaan ukhrawi (akhirat). Rasa cinta pada Allah tidak berbelah bahagi. "Dating" dalam solat jarang sekali lewat. Kadang-kadang teruja sebab tak sabar nak bertemu kekasih sejati yakni Allah yang memerhati.

Tapi, ada masanya manusia itu imannya lemah. Rebah. Kadang-kadang sikit lagi je iman tu nak golek-golek masuk longkang. Sebab lemah sangat. Lepas tu mulalah rasa sedih di hati. Hati mula rasa kosong...

Rasa kosong tu Allah yang beri. Tandanya masih ada 'respons' daripada Illahi. Tanda bahawa Dia tidak pernah lupa pada kita dengan mengirimkan rasa kosong tu sebagai bingkisan kasih sayang. Agar kita dapat sedar dengan 'kekosongan' pada rohani ini lalu minta bantuan Allah untuk keluar daripada kepompong kesunyian ini. Sunyi kerana lemah dan lalai dalam mengingati Illahi.

Cepat-cepatlah gapai Al-Qur'an. Basahkan lidah dengan zikir-zikir (peringatan) daripada kalam CINTA DARIPADA ALLAH. Cuba baca dan selami maksud dalam ayat Qur'an tu. Hatta ayat tentang peperangan skalipun sebenarnya Allah ada selitkan kata-kata hikmah yang dapat diinterpretasikan dalam hidup kita. Hakikatnya, sentiasa ada 'bahagian' untuk kita.

Cubalah kejar solat di awal waktu. Bacaan Al-Qur'an. Sedekah apabila Allah temukan kita kepada orang yang betul-betul memerlukan. Berbuat baik dengan mak ayah. Bantu kawan-kawan yang 'terleka' dengan keindahan dunia. Cuba tarik mereka dengan lemah lembut agar sama-sama ingat ganjaran Allah di sana. Sama-sama mohon agar Allah redha, sayang, suka semua yang kita buat di muka bumi ini. Semata-mata untuk berhamba denganNya dengan sesempurna yang mampu.

Kita beriman kepada Allah BUKAN SEBAB TAKUT KEPADA ALLAH. Kita beriman kepada Allah sebab kita percaya, ada Allah untuk beri kita ganjaran masa afterlife nanti (hidup selepas mati). Kalaulah kita tengok ada slideshow real, depan mata, tentang keindahan-keindahan dan nikmat di syurga, nescaya kita tak nak langsung segala keindahan yang sementara di dunia ni. Tapi, Allah tak buka terus rahsia syurga itu. Sebab Dia nak uji, sejauh mana kita akan percaya dan berusaha kepada benda yang kita tak nampak.


Tapi, mesti ingat. Ada dua ja pengakhiran nanti. Syurga atau neraka. Tak ada tengah-tengah. Nak masuk syurga bukan senang. Nak masuk neraka, senang. Tapi, takkan nak yang senang tu, beh tu sengsara sampai bila-bila. Kena ingat, tak ada dah hidup lepas tu~ :)

Bila Allah panggil untuk mendekatiNya, cepat-cepat sedar. *Sesungguhnya peringatan yang terbaik ialah mengingati mati..

Doakanlah saya juga agar tak lama sangat jatuh dalam kegersangan hati andai dah lama lupa pada Allah.. Nauzubillah.. Doakan agar Dia selalu ada untuk menarik saya selalu agar jatuh cinta padaNya. Amin..