Hai Welcome Here
" Welcome to my bittersweet diary " We can chatting here
|
refresh
profile
tutorial
affies
twitter
follow
Sejauh Mana Keikhlasan Hati?}
Thursday, September 26, 2013 | 8:38 PM | 0Comment Assalamualaikum.. Pernah tak kadang-kadang terasa hati ni terusik. Contohnya, rasa jealous pada adik-beradik yang lebih disayangi ibu bapa, atau kawan-kawan yang lebih disayangi oleh kawan lain? Pernah? Rasa di hati macam... Nak jugaaaakk.. Or, kenapa aku tak disayangi oleh orang lain macam dia ni? Muhasabahlah hati. Ikhlaskah kita selama ini dalam beramal, menolong orang, buat baik, senyum apa semua. Lillahitaala kerana Allah sahaja ke, atauuuu, terdetik di hati ni nak dapat balasan daripada manusia? Nak dilayan dengan baik? Kalau tak dapat juga perhatian dari manusia, tak tenanglah hati jawabnya. Manusia itu tidak smpurna. Mereka ialah 'yang dicipta' sedangkan kita ada 'Pencipta' yang lebih layak untuk bergantung harap. Kasih sayang Dialah yang sepatutnya ditagihkan. Buatlah segala-galanya kerana Allah. Tak payah harap langsung kepada manusia. Tak perlu pun sbenarnya... "Allah, tiada Tuhan selain Dia." "Hanya kepada Engkaulah kami sembah dan hanya kepada Engkaulah tempat kami meminta pertolongan." --- Hari-hari baca ni. Hayati. Selami. Tangkap maknanya. Hanya Allah, tak perlu benda/orang lain. Jaga kebersihan kerana Islam itu indah. Kebersihan separuh daripada iman.. Nampak kan pentingnya bersih? Sesungguhnya umat Islam itu bersaudara. Nampak kan peri pentingnya menjaga ukhuwah dengan kawan-kawan? -- Sekarang, sila katakan Uhibbuki Fillah Abadan Abada kepada rakan kita! *smile* Memang kadang-kadang kita jadi terpedaya dengan hasutan syaitan kat tepi telinga ni. Hati tu nak saja rasa nak disayangi sgala macam. Al maklumlah, perempuan lagi. Memang ada rasa nakkan perhatian. Tapi, kan lagi baik kalau usaha jugak untuk ikhlas kerana Allah, sekaligus raih perhatian Allah.. Perhatian Allah.. Rasa macam nak tangkap kalau benda tu solid dan ada depan mata. Tapi, benda ni tak nampak. Hanya mereka yang dekat dengan Allah sahaja mampu merasakannya. Yang khusyu' solatnya shari-hari. Yang air mata mereka mengalir tiap saat kerana takutkan Rabbnya. Yang selalu, bahkan tak pernah tinggal 'date' dengan Allah dalam solat tahajud mereka. Allahu Rabbi.. Kuatkah iman kita sampai tahap mereka.. Maka istighfarlah sehingga sampai ke tunjang hati, menginsafi hari-hari yang dibazirkan dan amalan2 yang menjauhkan kita dari Illahi. Amalan baik yang dilakukan penat2 tercemar dengan perasaan tidak ikhlas. Nauzubillahi min zalik.. Semoga Allah menjauhkan saya dan kamu yang membaca daripada sifat tidak ikhlas. Dan semoga kita tak pernah lelah berabdi kepadaNya demi menggapai kebahagian hakiki nanti. Assalamualaikum. |