" F l o w e r "

flaw

Hai Welcome Here


" Welcome to my bittersweet diary "

We can chatting here

<>




Rasulullah, Dalam Mengenangmu :)}
Saturday, September 21, 2013 | 9:37 AM | 0Comment

picture- credit to the blog's owner ;)

Rasulullah salallahu alaihi wasallam..

Ya Rasulullah, mampukah kami merinduimu.. Sebanyak mana kau merindui kami..
Ya nabiyu Allah.. Mampukah kami mengingatimu, sedalam mana kau mengingati kami.
Sekerap mana air mata kami turun mengingatimu
Tidak sekerap ia turun kerana urusan duniawi. Duniawi. Tak ke mana pun perginya.
Tapi mengapa kami begitu mudah terkesan dengan kesusahan di dunia

Dunia ialah neraka bagi orang-orang beriman. Syurga pula bagi orang-orang yang jiwanya di 'gam gajahkan' kepada dunia. Gam gajah. Tak boleh terlerai dah pun.

Nauzubillahi min zalik. Tetapkanlah hati kami di jalan Mu, Allah..

Ya Rasulullah, malu rasanya diri ini mengatakan cinta padamu. Sedangkan hati kami tidak malap daripada memikirkan dunia. Risau apa akan jadi selepas ini. Risaukan assignment yang belum siap, sampai khali dalam menyempurnakan solat. Sibuk sangat.

Muhammad ya habibi ya habibi... Salamun alaik..

Allahu, terkadang kami lantang melantunkan qasidah. Tanda kami merinduimu. Tapi, jujurku mengaku. Sedikit sekali di kalangan kami yang menghayati makna lafaz apa yang dilantunkan oleh lidah ini. Benar, bait-bait qasidah itu, patah demi patah menghiasi telinga ini. Tapi, apakah hati memproses apa sebenarnya terkandung disebalik puitis itu?

Ya Hanana Ya Hanana Ya Hanana Ya Hanana...

Chorus ini yang selalu dilaungkan dengan kuat dan kadang-kadang disertai alatan muzik. Semua begitu ghairah menyatakannya. Namun, sedarkah kita akan tafsirnya?

RINDUNYA.. RINDUNYA.. RINDUNYA.. RINDUNYA... Padamu Ya Rasulullah...

Mengalirlah air mata al mukminun di saat sampai bahagian yang ini. Ya Rasulullah.. Rindunya kami padamu. Hangat pipi dibasahi air mata yang mengalir. Sayu.. Dibiarkan tidak berusap. Biar air mata ini jadi saksi bahawa kami ini merinduimu, Kekasih Allah... Biar jiwa ini tersentuh dengan kerinduan yang tidak bertepi.

Illahi, berikanlah kami hati yang merindui Mu dan juga KekasihMu.. Benarkanlah kami menemuiMu dan Rasulullah dalam keadaan yang mulia. Semoga kami kembali membawa hati-hati yang murni, hati penghamba yang dambakan cintanya.. Amin..