" F l o w e r "

flaw

Hai Welcome Here


" Welcome to my bittersweet diary "

We can chatting here

<>




Kawin Nanti Moga-moga Dapat Laki Alim}
Monday, September 9, 2013 | 5:13 PM | 0Comment





Dengan nama Allah...

"Kawin cepat-cepat okey?"
"Kawin nanti moga-moga dapat lelaki alim!"


Erk.. Terkedu kejap. Kawin?
Sungguh, aku tak suka sangat membincangkan bab kahwin. Memang awal-awal tu hati rasa berbunga-bunga. Nak kawin dengan laki alim. Yang berjubah. Yang akhlaknya cantik. Dan paling penting, imannya kuat. Tapi sekarang, tak berapa suka. I mean, tak suka. Seriously.

Bila iman yang kawal nafsu, semua insyaAllah boleh balik ke pangkal jalan. Mula sedar apa tujuan hidup di dunia ni. Untuk buat baik saja ke? Atau jadi abdi Allah yang ikut tuntutan dan arahannya sampai nyawa ditarik.

Diri ni sedar tak banyak ilmu untuk membicarakan tentang ni. Tentang keimanan, ketakwaan. Tapi, kita semua pelajar, kan? Sambil menuntut ilmu dunia, jangan lupa UTAMAKAN ilmu akhirat. Dan dalam menjadi seorang pelajar, ada salah silapnya sendiri. Kadang-kadang tertidur dalam kelas. Kadang-kadang salah faham. Kadang-kadang lupa apa function dia berada dalam medan pembelajaran ni. Kadang-kadang pula sangka dia cukup 'pandai' untuk tak belajar lagi..

Adess.. Pedas..

Macam tu jugak kita sebagai 'pelajar' hatta pengabdi kepada Allah. Kita belajar menaati suruhannya, Kita ingatkan diri yang kadang-kadang terlupa mendahulukannya dalam setiap perkara. Setiap perkara. Dari bernafas sampai henti nafas cukupkah engkau melaksanakan tuntutannya. Perintahnya. Setiap perintah Allah ialah wajib!

Okey, balik pulak kepada tajuk. Tak salah berangan nak suami jenis apa. Yang kaya tapi iman kuat, bleh beri zakat semua. Yang beriman dan hatinya untuk Allah sahaja. Tapi, fikir sejenak. Layakkah kita fikir semua tu sedangkan semua perintah Allah belum dituruti? Layakkah sebelum kau bertindak, usaha sebagai pendakwah lillahitaala. Lillahitaala, kalau mati sekarang pun sedia smuanya. Kepada siapa yang bertanya soalan atau berbicara pasal kahwin, sungguh, aku tak suka. Ini yang selalu dilontarkan....

"Wallahualam. Tak pasti kami hidup lagi masa tu. Entah-entah dah masuk kubur.."
"Eh, tak baikla cakap pasal mati"

Sahabatku, bukankah hati ini patutnya lebih baik mengingati mati? Bukan meminta kau bersedih, tapi meminta kita semua sendiri kembali pada tujuan asal kita di dunia ini. Kalau terlebih ketawa, jangan lupa istighfar. Jangan biar tawa kita lebih banyak daripada zikir kerana Allah. Jangan!!

Tak salah kalau impi nak kawin dengan lelaki alim ke apa. Tapi, jangan asyik diutarakan dalam perbualan atau hati. Suarakan ia dalam doamu. Tapi tolong, pinta agar Dia meredhaiMu, cinta dan jaga Mu lebih-lebih lagi. Kemudian, barulah berdoa untuk suami yang boleh bawa kita ke syurgaNya kelak.

Insya Allah :)...
Assalamualaikum.