" F l o w e r "

flaw

Hai Welcome Here


" Welcome to my bittersweet diary "

We can chatting here

<>




Demi Kerana Allah..}
Sunday, September 8, 2013 | 4:15 AM | 0Comment



Bismillah. Assalamualaikum.

Demi kerana Allah, aku tak secantik mana.
Tapi, mengapa aku yang menjadi tempat perhatian?
Bukan ramai, tetapi yang seorang ini.
Bahkan lebih lagi suatu ketika dahulu.
Tidak aku nampak, apa yang lebih pada diriku ini.

Sejujurnya, aku memang x pernah nampak.

Sukar menjaga perasaan, hati orang lain
Sombongkah aku sekiranya tidak pernah membalas?
Tapi, mengapa dia masih tidak berhenti2 mengganggu dan berharap
Memberi salam yang entah kali keberapa, aku tidak pernah menjawabnya
Duhai Adam, tidakkah dikau mengerti??

Alhamdulillah, bukanlah aku jenis yang asyik diganggu
Tapi, gangguan itu tetap ada
Dari kecik lagi sebenarnya, mungkin kau akan ketawa
Tetapi, pengalaman aku, ada kau mengetahui?

Tidak pernah aku letakkan gambar sendiri di fb
Pernah sekali aku khilaf, tetapi ku buang kembali gambar itu
Sedar, apabila aku letak sahaja gambar itu, gambar wajahku
Mula menarik kaum-kaum adam
Samada kenal atau tidak
Aku tahu mereka tidak serius
Tapi, bukankah itu akan mengganggu akidah mereka?
Bukankan aku yang jadi penyebabnya?

Sudahlah, aku tidak suka menjadi harapan kepada orang lain
Tundukkan pandanganmu, duhai Adam
Jaga akidahmu, jangan biar ia terpesong
Jangan engkau terpesona dengan kami
Sebelum kau terpesona dengan keagungan Allah
CintaNya, RinduNya

Wallahi, aku gusar
Wallahi, aku ingin

Duhai Allah, Tuhan yang memberikan hidayah
Perelokkanlah ibadahku, tuturku, perbuatanku
Biar ia daripada acuan Al-Qur'an
Biar hati ini selalu lekat dan ingin pada Mu
Ingin untuk dicintai Mu

Duhai Tuhan, kuatkanlah aku
Sesungguhnya kalau bukan atas rahmat Mu
Tiadalah aku mampu

Biiznillah...
Ila Mardhatillah..

Assalamualaikum.