" F l o w e r "

flaw

Hai Welcome Here


" Welcome to my bittersweet diary "

We can chatting here

<>




Muzik Tu Haram Ke?}
Monday, August 26, 2013 | 6:59 PM | 5Comment





Assalamualaikum

Erh.. Kasar betul tajuk kat atas. Baru pagi tadi dikejutkan dengan statement - Music is Haraam..?
HAAAAHHHH!!!????

Terkedu, terkaku, ter- macam2... Telan air liur. Serious, kaku.

"Sebenarnya kalau berdasarkan hadis2, kami pegang hukum haramla. Just for advice, tak yahla buat benda tu..
"Dalam hati- What?? I'm not gonna sing aloud or even bersyair. It's just, I wanna play musical instrument. Why isn't it formiddable. Okay, seriously, tak pernah dengar pendapat camni. Apo kobondo heh music haram.

Sampai INTEC, baru pikir2 balik hujah2 yang perlu di balas. Dan persoalan2 yg keep pop out from my mind is--

1- Kalau dah music dalam Islam ni haram, beh tu cena yang kes tarannum, qasidah, nasyid apa2 semua tu?Melagukan qasidah dengan alat muzik, ustaz azhar idrus men alat muzik.

Bukan nak cakap bab2 hukum ke apa, tak mahir langsung bab-bab tu. Yang tahu, sgala apa yang hukum-hakam ni, dibuat berdasarkan dalil2, hadis, sebab akibat. Yes, banyak je dalil yang kata haram, hadis yang kata haram bulat2. Tapi, apakah hadis tu ditafsir, dihayati sepuas2nya? Pernahkah buat perbandingan dengan hadis yang sahih dan dipegang kuat oleh masyarakat

Tolonglah, Islam itu tidak kejam meletak hukum sesuka hati. Alat muzik, muzik tu boleh. Diharuskan untuk hiburan. Islam tak suruh, tak cakap, kena sedihhh selalu. Tak yah berhibur apa semua. Duduk diam, baca Qur'an sampai ke nafas terakhir. Ade? La tahzan, kan? Kalau tensyen, salah satu cara utk berhibur tu dgn main music pon boleh.

Kena faham, yang jadi haram tu sebab bagi mudharat kepada penganutnya. HARAM bila LALAI. LALAI bila BAWA KEPADA MAKSIAT. Sebab apa merokok tu haram? Sebab boleh bawak mudharat, penyakit hatta boleh bawak maut! Sebab apa haram kalau bukak aurat? Sebab boleh bawak mudharat, iaitu zina! Faham tak konsep dia? Muzik HARUS kalau--


i. Tujuan penganjuran nyanyian untuk kebaikan
ii. Berpakaian sopan serta menutup aurat
iii. Tidak bercampur aduk lelaki perempuan sehingga menimbulkan fitnah dan merangsang kemaksiatan
iv. Senikata/ lirik bermutu dan tidak bercanggah dengan hukum syarak
v. Tempat dan gaya persembahan yang tidak mengundang maksiat

sumber : http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/garis-panduan-hiburan-dalam-islam


Fikir balik. Islam itu bukan sekadar hukum, tapi Islam is to make people get touched with the beauty of it, and come back to Allah! Berapa ramai bergaduh, bertekak lidah kes hukum, sunnah, ape benda ni? Sedangkan umat Islam perlu bersatu. Jangan jatuh hukum cepat sangat. Dengar pendapat orang lain sama.

And please, tolong ikut benda yang majoriti ikut. Ikut hadis yang semua umat Islam ikut, disepakati ramai oleh alim ulama. Dan, kalau nak kaji hadis tu,kaji sampai habis. Kaji asas terbinanya satu2 hukum. Bukan guna hujah yang, entah sape pun tak tau. Tiba-tiba ja keluar dari mulut orang lain. Ikut yang majoriti ikut. Bukan apa, syiah sekarang macam-macam. Berapa kali dah ayah pesan, kuatkan iman. Nak duduk negara orang, fahaman kena kukuh. Jangan membuta tuli, ikut ja...

Ok, last opinion. Muzik tak haram. Yang menyebabkan ia haram kalau sampai bawak maksiat, dosa besar. Kalau main sampai lupa diri, sampai tak solat, haramlah jawabnya. Tapi kalau hari2 tensyen, sekadar hiburan takpe. Selain bacaan Al-Qur'an, yeah, Allah membenarkan main music kalau itu sebagai meringankan beban di fikiran. Kalau dia dh biasa.. Hehehe.. Like me~

Bye, Assalamualaikum!!