" F l o w e r "

flaw

Hai Welcome Here


" Welcome to my bittersweet diary "

We can chatting here

<>




Touching Bila Tasmiq..}
Friday, June 14, 2013 | 7:24 AM | 2Comment

Salam.

Haritu tasmiq Surah Waqiah dengan kengkawan. Expecially 4 task ALIS (like an islamic learning). Ramai betul yang tasmiq surah tu, except sorang ni je tasmiq surah lain. Al Kahfi. Rilek sikit sebenarnya sbb dah ditatih suruh tasmiq masa kat agama yan dulu. So, cuma refresh balik mana2 ayat yg trlupa (actually, nak dlm 10-13 ayat ja, tpi dah terhafal semua.. Hehe..)

  Sorang2 je dia hafal kat belakang, guna apps Qur'an android. Husna saja duduk sbelah dia, aprroach.. Then, dia mnx suruh tolong tengokkan dia hafal. Tmbah2 plk dia bru 1st time hafal Kahfi.
  
Agak akhir jgakla hafal, saje dngar2 kawan hafal dulu. Bila sampai turn, sekali hafal dah jadi hadar (bacaan laju tapi ikut tajwid).

   Bila sampai turn kawan tu, last skali. Dia banyak terkeliru sebutan sbb previousnya semua keliru sebutan yang dekat2 tu. Tapi, dia memang tabahla. Banyak kali kena ulang balik tapi dia tetap tetapkan niat dn semangat dia teruskan. Baca lagi. Rupa-rupanya masalah dia terkeliru huruf dan panjang pendek tu, sbb Qur'an android tu agak blurry sikit.

Salah.. Ulang.. Salah, ulang. Selawat..

Tapi, satu ayat ni yang membuka satu topik yg menyentuh jiwa--
"Sebenarnya saya pilih Kahfi sebab ayat dia panjang daripada Waqiah. So, nak jadikan sbgi cabaran kepada sayalah." Senyum..

Ustaz- "Awak tau tak, orang yang tak lancar baca Qur'an ni lah yang dapat pahala lebih. Sebab dia akan ulang, dan ulang lagi. Sebab usaha dia tu yang Allah nilai."

Sedih sangat masa tu, tahan sebak dalam kerongkong. Ada sesetengah orang yang tahu, lancar baca Al-Qur'an tapi dia tak guna sangat apa keistimewaan yang Allah bagi kat dia untuk baca banyak2. Sebanyak mungkin. Sebab dia ada apa yg org len x ada. Effort tu haruslah diaplikasikan kepada penghayatan ayat2 alQur'an dengan lebih mendalam, dan istiqamah membaca. Kalau boleh, setiap kali solat. Bukankah baik sepatutnya begitu?

   Kenapa setiap kali solat? Kenapa tak sekali tu baca banyak terus? Sebab sibuk? Masalahnya, kalau baca banyak terus, lepas tu dia akan tangguh utk baca yang seterusnya. Ingatan dia pada Allah akan kurang. Kalau baca selalu, setiap kali lepas solat, ingatan insyaAllah lekat selalu. Rasa Allah dekat selalu. Lagipun, Allah kan lebih suka amalan yang sedikit tapi istiqamah, berbanding banyak tapi.. Tak istiqamah pun.

   Satu lagi tentang Qur'an dan Ramadhan. Ade satu ustaz ni cakap, tazkirah. " sebenarnya, khatam Qur'an bukannya diwajibkan bulan ni. Allah tak nampak, tanya, kau khatam berapa kali? Tapi Dia nak tengok sejauh mana kita berusaha untuk khatam. 

So janganlah sedih klu x sempat khatam. Bergembiralah sebab sekurang2nya kita berusaha :).
Wallahualam. Muhasabah sendiri jugak.

 Assalamualaikum.