" F l o w e r "

flaw

Hai Welcome Here


" Welcome to my bittersweet diary "

We can chatting here

<>




Pengalaman Temuduga IPG (IPG Kampus Perlis) 2013}
Monday, May 13, 2013 | 6:25 PM | 0Comment

Salam.

Alhamdulillah temuduga kedua - IPG Ambilan Jun 2013 dah habis! Alhamdulillah, gagap-gagap pun taklah nampak getaq depan interviewer . Tula pasal, buat persediaan last2 minit. (Jangan tiru aksi ini!. Oklah, tulis post ni pasal nak kongsi pengalaman temuduga ipg. Lagipun, Husna dapat hari first, so nak bantu kengkawan yang lain.

1 - First of all, masuk terus dewan bertangga2 tu untuk ujian INSAK. Ujian ni macam ujian personaliti dan psikologi ja. Tapi, jawapannya ada yang mengelirukan. Tapi, klunya, setiap soalan ada nilai2 murni dan sikap2 profesional seorang guru. 30 minit sahaja dan 135 soalan! Jangan lambat sangat, nanti panik jadi gopoh pulak.

2 - Semua ada 4 sesi. Pukul 9.30, 10.45, 12.00 dan 2.00 petang. Husna kena pukul 12! Masa tu, ada sorang petugas akan tunjukkan bilik2 temuduga. Ada bilik A, B, C, D. Siapa yang temuduga 9.30 akan tunggu sat kat luar. Yang lain bleh jalan2 dulu.

FYI, kat kampus IPG Perlis ni, tak ada temuduga individu

Macam mana suasana temuduga tu?

- Setiap sesi akan ada dalam 8 orang satu kumpulan. Kumpulan Husna 3 orang tak hadir, so 5 orang. Semua melayu, sorang india. Tandatangan dulu table kehadiran. Anda akan diberi stiker untuk dijadikan name tag. Tampal sebelah kiri hadapan bahu.

- Mula2 kita akan perkenalkan diri dahulu. Duduk mengikut urutan dalam table, dan duduk setelah diminta. Kalau interviewer tanya dalam bi, jawab bi. Kalau bm, jawab bm. Dengar2 yang amik subjek bi kena tanya lam bi banyak sikit.

- Video akan ditayangkan dalam laptop. Husna dapat video pasal kejiranan (lah, yang jiran dia buang sampah kat rumah dia, pastu dia sakit jantung dan jiran dia tolong.) Rasanya tak keluar video yang asing bagi kita.

- Dia akan suruh kita terangkan, apa yang kita faham pasal video ni. Kalau boleh jadi orang pertama yang bercakap, markah lebih tu. Jawab bukan mengikut urutan kerusi, kalau boleh jadi antara orang pertama. Cakap biar jelas, kan nak jadi cikgu?

Jangan tunjukkan ke'nervous'an anda dengan meramas jari! Kurang pulak markah nanti. Dah jumpa dah orang camni. Sayang tau, kalau idea banyak tapi buat macam tu. Don't 3X!

Soalan 1
Selalunya masalah kejiranan berlaku dalam kalangan orang dewasa dan golongan bekerja. Katanya mereka menghadapi kekangan masa dll. Setuju tak? Huraikan.

Jawapan - Bagi saya, terdapat golongan dewasa yg masih mengekalkan semangat kejiranan. Sesibuk mana pun, mereka akan cuba mencari masa untuk menziarahi dan berinteraksi dengan jiran mereka. Sekiranya mereka prihatin terhadap apa yang berlaku di sekeliling mereka, mereka pasti akan berusaha sedaya upaya mencari jalan untuk mengeratkan hubungan sesama jiran. Semuanya tergantung kepada diri masing2. Golongan yang kurang mengamalkan semangat kejiranan pula seharusnya mencontohi sikap mereka demi menguatkan perpaduan untuk memberi keamanan kepada negara. Blablabla......

Soalan 2
Apakah langkah2 untuk mengatasi masalah kurangnya semangat kejiranan?

Jawapan orang lain -  Pada pendapat saya, kerajaan perlu merombak kembali sistem perumahan supaya masyarakat berbilang kaum dapat bergaul sesama mereka. Ini bermakna orang Melayu tidak akan berumah sekelompok dengan bangsa melayu, begitu juga bangsa2 yang lain. Blablabla... Husna punya jawapan cam besa ja, adakan pertandingan sukaneka dan sertai aktiviti perayaan bersama2 huraian. Soalan langkah ni, buat kreatif sikit. Dapat markah lebih!

Soalan 3
Apakah nilai yang patut ada dalam masyarakat kejiranan?

Jawapan - Seperti yg kita tahu, dalam masyarakat perlulah memupuk nilai2 murni seperti bertimbang rasa, tolak ansur, hormat-menghormati dan lain-lain. Bagi saya, tunjang utama demi menyemai semua nilai ini dalam masyarakat ialah setiap individu perlulah bersikap positif. Sekiranya terdapat permasalahan dengan jiran seperti salah faham dsb, kita haruslah cepat2 mncari jalan pnyelesaian dgn berbincang dgn jiran dan menasihatinya sebelum keadaan bertambah parah. Ini kerana, kita tidak mahu hubungan silaturrahim yang dibina antara jiran terlerai begitu sahaja. Blablabla...
Cari jawapan yang lain daripada yang lain. Jangan stuck minda kita dgn fikir, kalau soalan nilai2 murni, sebut sahaja nila2 murni yg ada. Sebaliknya pilih satu jawapan bernas yang merangkumi semua nilai yg dnyatakan. Kena lain dri yg lain, baru menonjol :)

Last sekali, interviewer tu akan cakap, "Baiklah kita akan tamat sesi sekarang. Ada sesiapa lgi ingin menambah?" Masa tu, terus angkat tangan dan cakap sesuatu. Ada point jugak kat situ.

"Sebagai konklusi, untuk mengukuhkan semangat kejiranan itu semuanya bergantung kepada sikap diri sendiri. Janganlah kita bersikap menuding jari terhadap orang lain dan berharap bahawa orang lain yang akan memulakan usaha ini. Kita sepatutnya memulakan dahulu dan berusaha sedaya mungkin demi mengukuhkan semangat kejiranan dan perpaduan dalam kalangan masyarakat. Seperti kata perdana menteri kita, perpaduan merupakan faktor utama kemusnahan sesebuah negara. Jadi kita haruslah mengukuhkan perpaduan bermula daripada menguatkan semangat kejiranan demi menjamin sebuah negara yang aman dan harmoni."

Tips2 berguna :

~ Banyakkan menambah idea rakan. Caranya- angkat tangan dan cakap, "Maaf, saya ingin menambah.." Bukan mencelah saja. Kalau pun turn kita dah habis, interviewer akan senyap dulu. Dia akan bagi ruang untuk kita menambah idea demi idea, jadi jangan senyap sahaja. Kalau semua org dah cakap pun, tapi interviewer belum bagitau soalan baru, teruskan bagi penambahan. Ada markah di situ.
~ Banyakkan elaborate. Jangan bagi jawapan sepatah2
~ Tolonglah jangan nampakkan yang anda gementar sangat... Nanti blank otak. Jangan tunjukkan kelemahan kita, yakin boleh!
~Bila bercakap, jangan tertekan. Ada masa pandang kawan, ada masa pandang interviewer. Kalau bercakap secara santai pun boleh, tetapi gunakan ayat2 yang relevan.
~ Jangan guna bahasa loghat! Awal2 lagi kami sudah dilarang!
~ Gunakan bahasa badan, gaya tangan sikit + eye contact
~ Walaupun ini interview pertama, YAKIN, YAKIN dan YAKIN, insyaallah Allah tolong.
~ Kalau blank semasa sedang berbincang, jangan panik. Tenangkan fikiran dan cepat2 fikir untuk sambung keterangan anda.

Kepada kawan2ku yang interview esok, semoga berjaya. Rabbi Yassir Wa La Tu'assir Wabittammim Bilkhair, jangan lupa!

Perbaiki karier dalam bidang akaun.
Nokia ASHA 310 baru di pasaran.