" F l o w e r "

flaw

Hai Welcome Here


" Welcome to my bittersweet diary "

We can chatting here

<>




Temuduga JPA 2013}
Wednesday, April 17, 2013 | 10:47 PM | 6Comment





Assalamualaikum.

Alhamdulillah, dah habis sesi interview JPA. Kena hari last, sesi 2 (petang)

Saja tulis ni untuk kongsi pengalaman pada semua. Mula-mula bukak page MARA, niat memang nak apply under MARA. Kmudian bila tengok senarai course, rupa-rupanya course yg minat tu under MARA-JPA. So, applylah.. Yang mara punya nampak kabur sikit dia punya course, so rasanya better amik under JPA.

Sebelum interview tu punyalah.. Fail tu berapa kali rujuk nak pastikan yang semua maklumat cukup. Cari handbag untuk dipakai, biar nampak smart sikit. Kasut pi amik yang PLKN sebab mesti bertutup, kalau boleh tumit tinggi sikit dan hitam. Memang rasa kasut PLKN tulah yang paling sesuai. Resume buat jugak sebab nak nampakkan keseriusan kita utk dapatkan scholarship ni.

Masa pagi2 tu, keluar pukul 11 sebab nak amik sijil pengawas perpustakaan yang baru disahkan kat SMKAY. Agak kalut jugak, adalah kesulitan tu sikit. Ustazah lupa nak amik kat pgetua rupanya, tapi alhamdulillah dah cop semua. Masa sampai tu serius awal. Sejam lebih awal. Sampai2, kenal sorang budak ni, namanya kalau x silap, Syafiqah. Mula2 ayah dia cakap dia 10 a+, bila aku tnya dia lepas tu, dia cakap dapat 9a+. Tak taulah mana satu yg betul :P.

Then, dia panggil beratur, laki perempuan sebelah, pastu bergerak ke bilik menunggu untuk dibahagikan mngikut kumpulan. Alhamdulillah, doa Husna makbul sebab dapat masuk geng yang x berapa conquer sangat. Kiranya kita masih boleh berusaha untuk menonjol even kita biasa2 ja. Tak dapatla budak debate. Kumpulan 6 orang, sorang lelaki, satu PLKN dulu. Namanya Arif Shabudin, ic squad Delta. Oklah jugak dia buat, tapi still nampak yang perempuan sorang ni lebih menonjol daripada dia masa presentation. Ada lagi sorang, satu kelas KN 4 masa PLKN, tapi dia group 2. Husna tengok yang geng hebat2 dan fluent English (terdengar dorang praktis masa mnunggu) smuanya geng lain.


Task 1- Penyelesaian Masalah

Yang ni, dapat tajuk cetak rompak. Macam mana nak mngatasi cetak rompak. Husna amik peluang untuk tulis atas kertas mahjung. Husna jugaklah yang baca. Cuba lah juga sebaik mungkin untuk menonjol jugak dalam perbincangan berkumpulan tu. Bincang kuat2. Idea bnyak dikeluarkan oleh sorang perempuan ni, tetapi anyway Husna x mahu ketinggalan, dan tambah lagi idea. Kebanyakannya upgrade idea orang lain dan buat pengukuhan. Alhamdulillah, bolehla bentang dengan baik. Lepas tu duduk. Dia tanya soalan, " Kalau ada 1 buku ni, limited edition, kamu nak guna utk study. Kamu nk copy ke x? Tu termasuk dalam cetak rompak x?" Dia tnya ikut giliran.
- Husna jawab:  Bagi saya, itu juga boleh dikategorikan sebagai cetak rompak. Walaupun niat kita untuk menuntut ilmu, tapi masih cara kita salah. Kita ibarat x menghormati hasil karya penulis. Blablabla..." Alhamdulillah, boleh diterima. Ada lg soalan dia, tpi lupa.

Task 2 - (English)

Dapat lambang Petronas. Soalan still Husna baca. Tulis pun sama. Soalan- "Bagaimana logo itu give sense of belonging to young people." Sebenarnya group Husna dah salah paham. Semua dorang isi facts pasal Petronas, sumbangan Petronas. Mula2 rasa pelik gak,, betul ka depa ni? Tapi Husna pun tak taw nak wat cmna, tulis la apa dorang kata. Alhamdulillah Husna grab terus peluang untuk tulis tu. Yalah, dahla x paham soalan, tak tahu sgt pasal Petronas. Tu ja cara untuk menonjol. Husna repeat dan upgrade jugak cadangan2 dorang. Waktu bentangkan, ramai antara kmi yg ditanya, "Apa yg kmu nk kaitkn dgn yg kmu tulis ni dgn tajuk?" Sepatutnya kna ada sense of belonging. Husna tambah- We should be proud of Petronas achievement.. Blabla.. Should be proud to Twin Towers, one of the building that.. Blabla.. (sori x ingat). Husna paling teruk sekali masa nilah. Tapi, still cakap apa yg tahu, dan taklah jadi patung cendana ja kat citu.

Task 3 - Interview (Bebas)

Masa ni kami masuk . Husna ada buat 1 kesalahan iaitu duduk sebelum diberitahu. Tapi, rasanya dia tak sempat prasan kot sebab masa tu orang masuk tak habis lagi. Cepat2 bangun.. (Hehehe). Temuduga tu banyaknya dia tanya BM daripada BI. Perkenalkan diri dulu. Yang ingat, dia tanya pasal isu share button kat facebook, isu bumiputera (hak dan keistimewannya), banyaknya pasal bumiputera lah. Apa perasaan kalau Chinese dan Indian x dapat scholarship tapi kelulusan mcm Malay jugak sebab isu hak orang Melayu. Apa nak kata kat diorang kalau dorang pertikaikan. Yang best sekali tu, ada soalan perangkap. Dia  psiko kami tau... Dia kata, apa kamu nak cakap kat boss kamu kalau dia  lebih memilih budak chinese utk satu tugasan tu, walhal kelulusan kita sama dengan dia. Dia pilih chinese sebab boleh diharap. Apa nak cakap kat bos??

Masa ni ramai gila yg cakap, "Dia kena terima jugak status bumiputera. Dia terpaksa terima kami jugak. Blabla.." Sampai penemuduga tu gelak, cakap, Ini dah kes paksaan. Dia tanya sorang sorang, semua jawab yang sama. Husna angkat tangan, nak jawab walhal dia x tnya Husna pun time tu, tapi rasa ada jwapan yg terbuku di hati. Husna pun angkat tangan, minx kebenaran. Dia pun perasan Husna nak jawab. "Bagi saya, saya akan cakap, saya anggap itu sebagai cabaran kepada saya. Saya akan berjanji kepada diri sendiri dan dia juga yang saya akan pertingkatkan prestasi kerja dn disiplin saya. Saya akan pastikan dia x mnyesal sebab pilih saya. Blabla.. Alhamdulillah, lepas Husna jawab, dia berhenti tanya soalan tu pada org lain. Mungkin betullah tu dgn yg dia nak.

Habis temuduga 5.30. Alhamdulillah, masa jawab tu rasa cam Allah tolong betul. Husna kalau Dia x tolong entah dah kelu  rasanya. Pastu Alhamdulillah jugak sebab dapat PLKN. Serius, belajar active dalam kumpulan pun kat PLKN. Belajar berani (cikit) kat depan pun kat sana.. Orang yg pi PLKN taula apa manfaat pi sana. Nasihatnya, kalau dpt plkn, guna peluang tu untuk ubah diri, berfikiran matang. Belajar cooperate dlm kumpulan dan belajar utk berani bersuara. Apa pun, diri ni seriously biasa2 ja.Taklah pandai cakap sangat.Keputusan taklah gempak macam budak straight a tu. 8 A+, 9A+. Ada rezki insya-Allah dapatlah.. Amin.. Doakan ya?

PS- Dengarnya tahun ni JPA dah select pelajar2 untuk pergi luar negara. Interview ni katanya cuma ikut syarat ja. Kebanyakan group Husna, course engineering. Husna sorang health science tercampak dalam tu. Ada la dgar kat situ yg nak apply dietician, under health science jugak. Rasanya ada, tapi x ramai sangat, then group lain. Wallahualam. Moga2, tak ramai mintak ni dapatlah ye?