" F l o w e r "

flaw

Hai Welcome Here


" Welcome to my bittersweet diary "

We can chatting here

<>




Solusinya Pasti Ada}
Saturday, December 15, 2012 | 11:30 AM | 0Comment






Salam. Menanti confirmation daripada pihak pts. Rasa cam blur pulak, bukak emel tak boleh2. Kalau boleh pun tak ada emel baru. Fikir-fikir balik, better gunakan masa yang ada ni untuk terus berimaginasi, selagi masih lekat di ingatan. Mana tahu bila ada rezeki boleh post lagi? Takut jugak kalau tersilap ambil penerbit. Sebenarnya, bila tengok-tengok macam lebih sesuai kalau masuk PTS POP daripada PTS ONE.

Dalam pada tu, sekarang sedang memperkasakan bahasa Inggeris sedaya mungkin sebelum ke plkn, memandangkan tak berkesempatan untuk gi kelas komunikasi. Tengah struggle untuk habiskan buku 'Harry Potter and The Deathly Hallows' - exclusively written in English! Memang betul komen sesetengah peminat novel - JK Rowling ialah ratu kalau bercerita kepada budak-budak! Penceritaannya memang terperinci, itulah faktor kuat yang menyebabkan novelnya yg terakhir tu setebal Kamus Dewan Bahasa! Tapi sayang, cara penulisannya tu tak sama macam orang Melayu tulis. Setiap perenggan banyak komanya, dan kadang-kadang sampai satu perenggan kecik tu koma sampai ke sudah.

Sebenarnya, teringin nak tulis macam tu. Bukan nak meniru, tapi sebab lebih selesa dan tidak skema. Lebih mudah untuk merangkakan dalam minda exactly as written in every sheets! Agak-agak boleh ke orang melayu terima penulisan camtu? Penulisan camtu membuatkan kita lebih banyak berfikir, dan otak berkembang. Kadang-kadang ada somethin' yang kita kena tiru daripada negara luar- cara pemikiran mereka.

Chop2!! Sebenarnya Husna dah buat pemerhatian- orang Barat meniru cara hidup junjungan besar kita, Nabi Muhammad . Cara berfikir, kekemasan, kebersihan. More likely, orang Melayu majoritinya (sori cakap) berfikiran negatif! Masih ingatkah kita, bagaimana teruknya nabi dicerca, dihina dan sehingga sempit hidupnya sewaktu dakwah secara terbuka dahulu? Apa yang nabi lakukan apabila baginda dibaling dengan batu sehingga luka tubuhnya?


Baginda BERDOA, BERHARAP, agar ALLAH memberi kesejahteraan kepada umatnya. Agar mereka dapat melihat jalan ALLAH, jalan Islam yang indah. Agar mereka terbuka hati untuk memeluk Islam!


Pernahkah baginda mengeluh, sekiranya baginda sendiri berfikiran negatif, tidak akan ada seorang pun umat Islam yang berpijak di bumi ini. Dan ingatlah, teori2 sains yang kononnya hasil idea daripada orang barat hanyalah diciplak, tapi sebenarnya berakar umbi daripada cendekiawan Islam sendiri! Semasa Zaman Gelap, tamadun mundur dan manusia bahkan orang barat sendiri tidak berminat untuk mempelajari ilmu. Ilmuan Islam ini yang mengutip dan mengekalkan ilmu yang ada. Jadi terbukti, orang Islam dahulu memang menggunakan akal kurniaan Allah ini, dan mereka sangat cintakan ilmu!


Ingatlah, antara kelebihan orang yang menuntut ilmu ialah:
Mereka dinaungi di bawah sayap malaikat, mereka juga dipermudahkan untuk memasuki syurga!


Jadi, persoalannya... sampai bila umat Islam mahu bangkit untuk menggapai kegemilangan yang lalu? Tidak inginkah mengukir sejarah baru, berbakti untuk agama, negara?