" F l o w e r "

flaw

Hai Welcome Here


" Welcome to my bittersweet diary "

We can chatting here

<>




Pergaduhan Di Sungai Petani - Akibat Tak Sabar}
Thursday, December 20, 2012 | 10:10 AM | 0Comment


Salam.. Ok sila scroll bawah kalau gambar tu geli!


Bla..bla..bla..bla..bla..
bla..bla..bla..bla..bla..
bla..bla..bla..bla..bla..


Ok.. Dah. dah mengarut tu. Saja nak bagi hilang geli (sebenarnya sendiri pun geli dengan gambo kat atas tu.. Hihihi...

Kes pergaduhan kat Sungai Petani ni memang dah famous kat bebudak Kedah ni. Family Husna sendiri pun beberapa kali bahas tentang topik ni. Bila pikir balik, rasa resah hati. Kes pergaduhan ni sebenarnya kecik ja. Bukannya rusuhan kaum macam yang digembar-gemburkan. Macam-macam versi sebenarnya yang dengar.

Ada yang kata:
1- Punca awal sebab daripada geng bebudak motor. Kes curi motor, bergaduh antara India ngan Melayu.
2- Kes bakar masjid. Gaduh kat masjid
3- Kes geram dengan Raja Gobal (yang ni lawak sekali. kes tu pn bleh bleh jadi?)

Tapi- dengar khabar angin jugak, ada dua orang Melayu dah meninggal dunia. Tak tahu sejauh mana kebenarannya.

Hakikatnya, cuba pikir2 balik. Kes kecik ja sebenarnya tapi dibesar -besarkan. Sebab apa? Bila emosi tak leh nak kawal. Bila syaitan merajai akal fikiran. Camnilah jadinya. Ingat tak kes pembunuhan pertama dalam sejarah?

Qabil membunuh Habil hanya kerana berebutkan perempuan! Setelah membunuh, barulah dia sedar akan kesalahannya. Masa tu, nak boleh buat apa lagi? Nyawa sudah melayang. Tapi Allah Maha Tahu, Dia mengirimkan burung gagak, dari situ baru timbul ilham untuk mengebumikan Habil. Tapi, rasa bersalah tu hanya Allah yang tahu! Angkara siapa? Syaitan yang membisikkan kejahatan sehingga nafsu jahat membangkit.

Kita perlu belajar daripada sejarah- apatah lagi sejarah Islam. Kata ilmuan- Belajarlah daripada sejarah. Sesiapa yang tidak mempelajari sejarah, nescaya mereka akan mengulanginya! Janganlah kita asyik tuding jari kepada sesiapa. Jangan pikir salah siapa, tapi pikir mengapa jadi begitu? Jangan asyik mencari salah orang lain, tapi lihat diri sendiri. Kenalpasti salah sendiri. Kalau di dunia ni takde siapa yang nak mengalah, mahu jadi apa dunia ni?


Jangan biar syaitan dan nafsu menang! Jihad menahan nafsu sendiri, pasti ada bahagia yang menanti!
Sama-sama kita muhasabah diri :)