" F l o w e r "

flaw

Hai Welcome Here


" Welcome to my bittersweet diary "

We can chatting here

<>




Future - Novelis Days}
Saturday, December 8, 2012 | 4:10 PM | 2Comment


Assalamualaikum..

Lama betul blog ni menyepi. Dan dah ada niat pun sebenarnya nak delete ja blog ni. Tapi macam sayang sebab dah lama guna blog ni. Anyway, Husna ada cita-cita baru sebenarnmya- nak jadi novelis. Sekarang dah pun jumpa penerbit yang trustedla untuk impian ni. Jeng jeng jeng...

PTS One ni antara penerbit yang terjamin untuk novelis. Kalau nak selamat, kerja sahaja bawah pts. Sebenarnya, bukan nak jadi penulis tetap pun. Cuma ingat nak curahkan idea saja dan nak jadikn ini sebagai medan dakwah, mungkin... Tapi macam manapun, kena semat selalu dalam hati..

Buat seikhlas hati, dan harap HANYA apa yang Allah bagi. Bukan duniawi yang tak hakiki.

Terima kasih cik 'ehem2' yang sudi menasihati diri. Memang banyak yang perlu diperbaiki. Oklah, sementara menunggu PLKN ni, nak jugak merasa tulis novel. Novel fantasi, tapi tulah. Proposalnya masih belum siap. Tersangkut di bahagian nama. Novel tu bertemakan - manusia dari dunia 2040, yang membesar dalam suasana Islamik. Aslan Muhaimin, mencari identiti sendiri. Bukan senang apabila mengetahui diri bukan milik bumi yang ini, tapi berdarah dunia yang satu lagi. CLEOPATRA. 

Ini proposal yang belum siap>>>>


Aslan Muhaimin ialah seorang remaja 14 tahun yang membesar dengan suasana islamik. Dia tinggal di tahun 2040, suatu zaman kenaikan Islam. Tempat tinggalnya, Bandar Darussalam mempunyai masyarakat yang sentiasa bersederhana dalam kehidupan. Aslan bersama-sama ibu (Ummi Kamila) dan kakaknya, Farisha tinggal di sudut bandar. Ayahnya, Darius dikatakan telah meninggal dunia akibat kemalangan di makmal semasa melakukan kajian. Namun begitu, ayahnya sebenarnya berasal daripada dunia Cleopatra, dan kenyataannya ayahnya bukanlah meninggal dunia kerana kemalangan biasa. Ayahnya masyhur sebagai seorang hero di dunia tersebut, kerana berjaya mengurung Raja Kegelapan dalam Kurungan Abadi yang terletak di bahagian bawah tanah istana milik Kegelapan. Namun begitu, ayahnya terkorban dalam runtuhan istana itu. Aslan bersekolah di Madrasah Hamka . Suatu hari ketika pulang dari sekolah, dia terkena panah kilat ketika hujan lebat di sebuah pusat jana kuasa elektrik lama. Semenjak itu dia memiliki kuasa istimewa, iaitu kuasa unsur elektrik. Selepas sekolahnya diserang oleh konco-konco Kegelapan, dia mula mengetahui bahawa kuasa aneh itu biasan separuh daripada kuasa Raja Kegelapan yang berjaya melepaskan diri dari kurungan tersebut. Dia mula belajar mengawal kuasanya dan sentiasa menyelamatkan orang ramai yang diganggu oleh makhluk aneh itu. Ketika melintasi pusat jana kuasa itu, Ekran kemudiannya ‘disedut’ ke ruang udara melepasi lapisan atmosfera kerana Raja Kegelapan yang masih belum sempurna jasadnya ingin bersua muka dengannya. Raja Kegelapan menyerupai bebola gas yang membentuk wajah manusia. Ekran diberi masa selama tiga hari untuk mempersiapkan diri untuk bertarung dengannya. Ekran menghadapi pertempuran pertama yang mendebarkan dengan Raja Kegelapan. Dia akhirnya dibantu oleh ahli keluarganya dari Cleopatra sehingga Raja Kegelapan “lenyap". Dia ialah Akira, bapa saudaranya dari dunia Cleopatra yang kemudiannya menceritakan bahawa dia merupakan keturunan pejuang dunia itu yang berdarah “Perwira”- satu-satunya harapan untuk mengalahkan Raja Kegelapan untuk keamanan dunia.


Boleh tolong Husna? Tolong sebut contoh nama untuk sekolah superhero? Nama yang terbaik akan terpilih untuk disertakan dalam novel tu.  Kalau ada idea untuk nama watak sampingan, boleh sertakan sekali. Terima kasih... :)