" F l o w e r "

flaw

Hai Welcome Here


" Welcome to my bittersweet diary "

We can chatting here

<>




Super Muslimah (Bab 2- Akulah Super Muslimah!)}
Tuesday, May 29, 2012 | 1:03 AM | 0Comment


Bab 2 - Akulah Super Muslimah!

Ahad, Malam Peragaan Kostum Islamik , Bandar Amanda, Kolej Darus Salam

Aisyah, sure anti tak nak makan apa-apa? Ana boleh je ambikkan, nanti tak larat pula nak qasidah ramai-ramai. Ustaz Amirul dah ready dah tu,"Fiqah mengerling ke arah Ustaz Amirul yang sudah bersedia dengan pasukan kompangnya. Aisyah bukan tidak mahu makan, tapi akalnya sahaja yang tidak habis-habis berfikir tentang perkara aneh yang terjadi ke atasnya. 

Semalaman dia membuat ujikaji sendiri tentang fizikal tubuhnya yang sudah berubah. Dia bingung, suhu  badannya masih sama, kadar pernafasannya juga lancar.. Dia sempat memilih nama sebagai penyamarannya, Super Muslimah.
Tapi, dia kini  hairan lagi apabila mengingatkan peristiwa dia terapung-apung di dalam rumahnya ketika membaiki atap rumahnya yang bocor. Ilahi, penemuan barukah ini? Kuasa baru?

Semasa sedang asyik berqasidah, Kolej Darussalam bergegar kuat. Hampir saja Aisyah mahu rebah ketika mengimbangkan badannya. Tiba-tiba, bekalan elektrik terputus. Kemudian, muncul segerombolan makhluk hodoh yang berpakaian seperti ninja muncul di tengah-tengah lantai kolej. Rabb.. Apakah ini?

"Wahai manusia sekalian! Kamu tak perlu takut!! Aku hanya mahu kamu menyerahkan pemilik kuasa Kaizer yang jatuh ke bumi dua hari lalu. Dia tidak patut miliki kuasa itu, ia hanyalah milik Raja Kegelapan!!" Makhluk tersebut mendesak dan terus-menerus melakukan kerosakan di kolej itu. 

Aisyah menyembunyikan diri di celah kegelapan dan kekalutan warga kolej. Aisyah tahu, dirinyalah yang menjadi sasaran sekarang. Dia tahu ada tugas yang perlu diselesaikannya. Dia bertindak pantas dengan menerbalikkan  kain hitam yang menyelubungi dirinya yang dipakai (ala-ala superman) dan terus memakai purdah simpanannya.

Aisyah belum pasti adakah dirinya betul-betul kuat untuk mengatasi konco-konco itu kerana dia belum mengkaji kekuatan diri sepenuhnya. Dengan lafaz bismillah, lancar sahaja buku limanya mengena salah satu makhluk aneh tadi. DUSH!!! Tumbukannya padu sehinggakan makhluk tadi terpelanting hingga retak dinding kolej itu. Subhanallah! Aisyah kini makin yakin dan terus-menerus menumbuk, menendang dan menyerang mereka dengan jalur elektrik yang keluar dari telapak tangannya.

Hampir semua makhluk aneh tadi kalah pada kekuatannya. Aisyah makin yakin, tetapi keralitannya membuatkan dia tidak sedar salah seorang daripada rakannya, Qaish sudah dirangkul kemas sebagai tawanan oleh ketua konco tersebut. 

"Qaish!!" Aisyah cuba melepaskannya dengan menghadapi ketua tadi. Entah mengapa, ketua tersebut melepaskan begitu sahaja tanpa bertempur dengannya dahulu. Aisyah terkaku pada kata-katanya," Cukuplah setakat ini! Sekurang-kurangnya aku dapat sesuatu untuk dipersembahkan kepada Tuan Zargos. Hei  kau, ingat! Ini bukan akhirnya! Takdir kau adalah untuk Raja Kegelapan! Engkau milik dia!!" -----
Makhluk-makhluk tadi terus lenyap. 

Sebelum bekalan elektrik tersambung kembali, Aisyah sempat memperbetulkan kain hitam yang dipakainya seperti asal dan berpura-pura seperti warga kolej lain yang keliru dan hampir tidak percaya dengan situasi tadi. Tiba-tiba, Qaish memanggilnya dari belakang. Dia bercakap  separa berbisik," Engkaukah tadi? Aku kenal suara kau. 

Aisyah tidak mungkin berbohong. Kebenaran meluncur sahaja dari mulutnya dan membuatkan Qaish terkesima sementara," Ya, memang aku..."


Bersambung........



Labels: