Hai Welcome Here
" Welcome to my bittersweet diary " We can chatting here
|
refresh
profile
tutorial
affies
twitter
follow
Musibah Bukan Datang Suka-Suka}
Sunday, May 27, 2012 | 10:29 PM | 4Comment Bismillah.... Hari demi hari, bulan demi bulan, alhamdulillah.. Diri ini berusaha belajar dari situasi. Tetiba teringat, satu benda , satu perkara penting... La taqah, wa la tahzan. Inna Allaha Maana - Jangan takut, jangan sedih. Sesungguhnya Allah bersama kita.Pada satu malam yang hening ni, ada adik dorm sakit.. Gastrik agaknya. Kesian kat dia, memang memanjang sakit. Entah camna terdetik dalam hati dia untuk bertanya... "Kak Husna, kenapa kami asyik sakit ja? Kenapa ALLAH bagi sakit?" "Tu tandanya Dia sayang kat hampa. Hampa tau tak, sebenarnya musibah ni Allah salah satu sebabnya untuk bagi hilang dosa2 kecil kita- Means, lagi banyak musibahnya lagi banya dosa kecil dapat dihapuskan!" Lepas tu dia diam kejap........ "Hampa perasan tak, kenapa sesetengah orang dia jarang sakit. Tapi dia selalu ja ada masalah. Tak habis-habis. Tu salah satu cara ALLAH nak hapuskan dosa kecil jugak. Dengan... ingatkan kita kepadaNYA! Perasan tak, kalau kita ada musibah, mesti kita ingat kat Dia kan? "Betul!" "Tahu tak, Allah pun tahu "cemburu" tau? Itu pun salah satu sebab kenapa Dia tak bagi kita couple ATAU suka pada orang lain lebih daripada Dia. Sekarang kami nak tanya, masa hampa suka kat sapa-sapa kan, hampa selalu teringatkan Dia ka teringatkan si dia??" "Mmmm.. si dia.. Hahahahaaa!" "Kan... Sepatutnya kita cintakan ALLAH yang paling utama! ~ ~~ ~~ ~~ ~~ ~ Ingatlah, dengan mengingati ALLAH, hati akan menjadi tenang. Beruntunglah hati-hati yang mencintai ALLAH. Kerana dengan adanya cintaNYA, dia ada segala-galanya..- Dan dia takkan harapkan apa-apa lagi yang ada pada dunia yang hanya "tempat permainan" sahaja..
A Gift 4 U
|