" F l o w e r "

flaw

Hai Welcome Here


" Welcome to my bittersweet diary "

We can chatting here

<>




Bila Hati Ni Menangis, Kau Masih Peduli}
Saturday, April 21, 2012 | 10:16 AM | 0Comment



Hati ni rapuh, tak kuat sebenarnya. Kadang-kadang mudah saja punah, hancur.. Memang ingat, ALLAH bagi ganjaran apa yang kita sabar, korbankan. Tapi manusia memang selalu dibolak-balikkan hatinya oleh ALLAH untuk menguji keimanannya.

Banyak betul benda jadi baru-baru ni. Dan.. 5 tahun, baru kali pertama dapat surat ugutan - Surat Cacian -
Tak pahamla, kenapa payah sangat nak terus terang kalau ada yang tak puas hati. Kalau sekadar mencarut dalam buku buat cara pengecut, masalah pun tak leh selesai. Nak minta maaf pun tak tau tuan punya tulisan. Habis tu, buat sakit hati sendiri? Macam tu la?

Hati ni tak kisah sebenarnya apa kau nak buat, yang aku tau lagi baik kalau kau cakap ja. Banyak benda lagi nak kisah, pasal exam, pasal imanku yang dah rapuh ni, aku tak kisah apa kau kata. Cuma... entahlah.
Sebenarnya, memang tak kisah, cuma nak luahkan pada orang lain ja. Baru reda sikit resah lam hati ni yang pikir banyak benda. Sambil berjalan, pikir, sambil duduk, pikir, banyak benda yang tengah pikir sekarang. So, kalau ada luahan perasaan pada siapa tu, hanya melonggarkan kusut di hati. Melegakan hati yang asalnya tak kisah, tapi kadang2 bila iman ni ke bawah, kisah la 5 minit.. Masa tu, baru kau tau apa yang ada dlm hati ni yang sebenarnya nak bagi sorang2 dan ALLAH ja tau.

Antara beratus benda yang tengah pikir adalah ukhuwah Islamiah kita. Aku sayang hampa semua, actually walaupun korang semua tak nampak. Jangan katakan aku tak pandai bergaul kerana memang fitrahku, orang lain yang kena 'mula' dulu, baru mulut ni tak berenti nak cerita macam2. Oh, salah sangat kalau korang semua kat sekolah ingat aku pendiam. Tak caya, tanyalah kawan2 macam mana persepsi dorang bila first time kenal aku dan sekarang. Lain..

Berbalik pada tajuk tadi--

Baru minggu ni nak terluah semua 4 tahun yang luka dalam hati. Mana tau dia ada jalan penyelesaian. Dan akhirnya alhamdulillah.. dapat apa yang dicari 4 tahun lalu. Terima kasih kawan, aku takkan lupa kata2 mu..

Sabar dan kesusahan tu lah yang ALLAH akan nilai di akhirat nanti. Susah sekarang takpe Husna, ada ganjarannya di akhirat nanti..

Aku ingat ALLAH sentiasa peduli, tapi kadang2 ada gunanya kawan untuk mendengar. Ada kalanya ALLAH beri apa yang kita perlu menerusi kawan kita. Sebab tu aku bertahan sampai sekarang, senyum walau sakit. Tapi sekarang dah lega kot. Sebab ingat janji ALLAH-

Kamu tidak akan dikatakan beriman sehinggalah kamu diuji
Apa-apa pun aku sayang semua kawan aku. Dan, tak dapat ku lupa, kawan pengikat ukhuwah kita yang baru. Dari Bukit Gambir. Teruskan berjuang dan usahakan niat tu. Kami sayang hampa kerana ALLAH. Abadan abada.. Sampai bila-bila.. Sampai ke syurga, Insyaallah..