Hai Welcome Here
" Welcome to my bittersweet diary " We can chatting here
|
refresh
profile
tutorial
affies
twitter
follow
Kisah Benar - Allah Selamatkan Ana!!!}
Saturday, February 4, 2012 | 5:06 PM | 0Comment Its a TRUE STORY.. Please read it. Ceritanya bermula----- Hari tu Ustaz Syazwan ada bagi hadiah kat sekolah. Syazwani ada, Sabirah ada, Iman pun.. Selepas tu Ana bersama2 Iman balik ke rumah dengan sorang budak baru ni. Nak dijadikan cerita, entah macam mana diorang ditangkap oleh sindiket pemerdagangan orang. Ana, Iman dan budak baru tu katanya nak dijual. Tapi, nasib baik, diorang dapat lari. Mereka bertiga lari jauh sangat... dan diorang dah sesat. Ana hanya ikut gerak hati sahaja, sampailah dia sampai kat kawasan pembinaan terbiar. Ada banyak sangat mat-mat lepak tengah melepak kat situ. Orang hisap dadah pun berlambak. Ana rasa mmang silap besar lalu jalan ni, ana pun rasa tak sedap hati dah masa tu. Tak sempat Ana nak suruh patah balik, budak baru tu dah jalan kat depan sekali. Tiba-tiba dengan sekelip mata ja - - - Budak baru tu 'disambar' oleh sekumpulan geng mat lepak kat situ. Masa tu Ana tergamam, tak tau nak buat apa. Lepas sorang, Iman yang terhadapan sedikit pun 'disambar' oleh satu lagi group mat lepak kat situ.. Ana tak tau nak buat apa.. "Macam mana dengan budak tu... macam mana dengan Iman?? Kalau aku pergi selamatkan dia, nanti aku yang jadi mangsa. Ya ALLAH... selamatkanlah aku..." Ana ingat Ana boleh lepas dari mat2 lepak yang berlambak kat situ. Ana cuba undur perlahan-perlahan.. Setapak.. setapak.. berjalan di belakang tiang bangunan yang tak siap tu.. Ana silap.. Ada sorang mat lepak dengan group dia tengah berjalan-jalan kat kawasan tu. Salah serang daripada mereka dah tertoleh dan nampak kehadiran Ana kat port diorang.. Ya ALLAH!!! Sekarang giliran Ana pulak yang ditarik, kuat sangat, sampai Ana tak sempat nak pijak tanah. Entah macam mana ada kumpulan lelaki berkopiah ada kat situ. Ana cuba nak capai dia, nak menjerit minta tolong pun tak sempat sebab pantas sangat masa tu. Tapi Ana sempat perasan, ada sorang daripada lelaki2 yang berkopiah tu perasan Ana dalam masalah. Diorang bawa Ana ke tempat gelap. Mmang lembik sangat waktu tu, tak berdaya nak lawan tenaga lelaki yang ramai camtu.. Ana betul2 rasa macam nak dinodai oleh budak2 lelaki tu. Untuk angkat tangan pun dia dah tak mampu.. tenaga dah habis.. Air mata keluar tanpa dipaksa.. Dalam hatinya hanya - Ya ALLAH.. Selamatkanlah aku.... Dalam celah2 bukaan mata dia yang kecil tu, dia nampak kumpulan lelaki berkopiah tu selamatkan dia.. Lepas tu... -GELAP- Ana bangun dari igauannya tentang peristiwa sekarang. Dia bukak mata tengok sekeliling.. Kat mana aku ni? Hospital?? Beberapa minit kemudian Iman datang ke katilnya. Iman: Alhamdulillah, hang dah sedar! Semalam ada orang tahfiz buat rondaan kat tempat lepak tu. Depa yang selamatkan kita!
Ya ALLAH.. Masa tu rasa bersyukur sangat dalam hati. Allah selamatkan Ana! Dalam pikiran pun masih teringat-ingat lagi wajah lelaki yang dia cuba nak capai (heheehe). Maha Suci Engkau Ya ALLAH!! MORAL - Brgantunglah hanya pada ALLAH, bukan kawan, mahupun ibu bapa. Ibu bapa merupakan tmpat bergantung yang kedua selepas ALLAH.. Kerana ALLAH, Ya Hayyu.. Ya Kabir.. Ya Rahim.. ps- sebenarnya ni memang kisah benar. Tapi ni mimpi Husna semalam. Dan watak2 tu semua betul. Watak Ana tu adalah Husna sendiri. Walaupun mimpi ni teruk, Husna bersyukur sebab mimpi ni dapat ingatkan Husna tentang ALLAH.. Hanya Dia tempat bergantung.. Dan mimpi ni yang buat Husna menangis.. ALLAHU AKBAR! |