" F l o w e r "

flaw

Hai Welcome Here


" Welcome to my bittersweet diary "

We can chatting here

<>




Doodle Comic- Tanggungjawab Muslim Terhadap Al-Qur'an}
Wednesday, January 25, 2012 | 4:50 PM | 0Comment


Salam. Hari ni seperti biasa Husna nak update comic strip untuk Muslimah/muslim sekalian.. Comelnya doodle ni kan??? Ok, macam kita tahu baca Qur'an tu sunat, kan? Perkara sunat ni tak boleh dipandang ringan tau? Jangan ambil kira urusan wajib ja... sebab yang sunat tu yang akan tolong kita di ahirat nanti. Ingat!! Janji ALLAH yang Qur'an tu akan membela ATAU menyebabkan kita jadi terhina nanti..


Perkara 1



Percayalah pada Qur'an . Qur'an tu bukan sahaja sekadar buku yang ada peraturan dalam hidup , tapi buu yang penuh dengan mukjizat dan keajaiban!! Dan dah pun terbukti keajaibannya kepada seluruh hidupan di dunia ni SECARA SAINTIFIK! Walaupun pada akal fikiran kita, macam tak mungkin, tapi hakikatnya kita perlu sedar Qur'an di kuantitinya adalah daripada kata-kata ALLAH! Hebat kan, kawan-kawan? Sebab tu kita kena sayaaaaaanggg Qur'an ni.

Hadis-

"Inilah kitab yang kami turunkan kepadamu, Muhammad agar kamu boleh membimbing kaummu daripada kegelapan kepada cahaya menuju jalan Rabbmu.. [Ibrahim 14:01


Perkara 2




Tanggungjawab kedua kita terhadap Qur'an adalah membacanya dengan sebaik mungkin! (perlahan, jelas dan dengan tajwid yang betul). Pastikan yang semasa korang, baca, bukan sekadar membaca membuta tuli TAPI BACALAH MENGIKUT TAJWIDNYA!

Ayat Qur'an- Dan bacalah Qur'an itu (dengan nada yang perlahan) dan mengikut ton yang menarik.

Hadis- Daripada Ibnu Mas'ud. Rasulullah bersabda

"Sesiapa yang membaca SATU huruf Qur'an akan diberi 10 KALI GANDA ganjaran pahala. Aku tidah berkata, Alif, Lam, dan Mim adalah satu perkataan. Tetapi Alif adalah satu perkataan, Lam adalah satu perkataan, dan Mim adalah satu perkataan.."


Perkara 3

Baca Quran tanpa paham maknanya tu tak lengkap tau bagi muslim macam kita ni? Tak teringin ke nak paham maknanya? Paham Al-Qur'an ni boleh tolong kita untuk hayati apa yang disampaikan. Zaman sekarang ni kan banyak Qur'an tafsir/terjemahan? Beli je yang harga RM 40 tu, kecik je. Boleh dibawa ke mana-mana! Mahal tu tak penting, duit boleh dicari. Rezeki ALLAH tu ada dimana-mana!

COMEY KAN? YANG HIJAU TU MACAM YANG HUSNA PULAK


Ok, setakat tu je dulu! Nanti Husna sambung balik- PT 2 ok? Tunggu ya!!


COMEY KAN? YANG HIJAU TU MACAM YANG HUSNA PULAK


Ok, setakat tu je dulu! Nanti Husna sambung balik- PT 2 ok? Tunggu ya!!


newer post older post