" F l o w e r "

flaw

Hai Welcome Here


" Welcome to my bittersweet diary "

We can chatting here

<>




Shoutbox Expired.. Nak Guna Fibox?}
Monday, December 26, 2011 | 4:27 PM | 2Comment


Salam.. Hari ni Husna nak buat tutorial Fibox. Fibox ni orang Melayu yang buat tau? Islam lagi.. Mahu tahu kriteria menarik yang ada pada Fibox? Sebelum tu, KLIK SINI .


Real time chat
Tidak seperti shoutbox yang lain, fibox memberikan fungsi `real time` atau `live` chat itu secara percuma kepada semua pengguna tanpa perlu mengenakan sebarang bayaran.
Maksudnya adalah fibox ini memberikan fungsi `real time` ataupun dalam bahasa melayunya adalah `secara langsung`.

Contohnya adalah jika pembaca cuba hantarkan apa-apa komen atau shout kepada shoutbox itu, shoutbox itu akan terus menghantar teks pembaca telah hantarkan kepada pelayan fibox secara `live` dan dapat diperlihatkan secara terus oleh semua pembaca atau pelawat shoutbox yang melihat atau membuka shoutbox itu pada ketika itu tanpa melakukan refresh tiap 1 atau 2 saat untuk memaparkan mesej yang baru.

Percuma
Setakat ini, setahu azam fibox tidak mengenakan apa-apa bayaran bagi menggunakan shoutbox di fibox ini kepada semua pengguna. Dengan pelbagai fungsi yang menarik, fibox masih lagi percuma untuk digunakan oleh orang ramai.

Pantas dan Laju
Buat masa sekarang, azam dah pasang fibox di blog azam sendiri dan mencubanya buat beberapa kali untuk menguji tahap kelajuan dari segi penerimaan dan penghantaran mesej shoutbox tersebut, dan ternyata, servis shoutbox yang fibox berikan ini adalah sangat terbaik dan laju untuk memaparkan apa-apa shout yang baru.

Fungsi jumlah pelawat di talian
Selain daripada fungsi `real time chat`, fibox juga menambah dan meletakkan fungsi `total online user` bagi melihat berapa ramai ahli atau pelawat yang sedang melihat shoutbox tersebut secara di dalam talian(online) dan live.

Fungsi lain-lain
Sama seperti shoutbox lain-lain, fibox juga mempunyai fungsi emoticon smiley, bbcode, avatar dan lain-lain. Tidak lupa juga dengan fungsi `bad word filter` bagi menghalang pelawat daripada shout perkataan yang tidak sesuai untuk dipaparkan shoutbox kepada umum. Tetapi fungsi itu mungkin akan ditambah oleh pencipta fibox tersebut suatu hari nanti dan masih lagi dalam perancangan
.

Mahu guna Fibox? Pergi Fibox.> Sign Up ATAU Sign in using Facebook>Dashboard
Pastu, Copy kod yang diberi. 

Suka entry ni? Klik SINI. Kalau rajin, klik cartoon kat tepi tu juga ya?