" F l o w e r "

flaw

Hai Welcome Here


" Welcome to my bittersweet diary "

We can chatting here

<>




Samsung Galaxy Note! Tak Rugi Beli!}
Friday, December 23, 2011 | 5:06 PM | 2Comment




Samsung Galaxy Note akan mula dipasarkan di negara kita dalam masa terdekat ni. Ia tidaklah sekecil smartphone biasa dan tidaklah sebesar gajet yang ada perkataan ‘tab’ atau ‘pad’ di hujungnya. Konsep Samsung Galaxy Note adalah untuk menjadi gajet yang memenuhi keperluan kedua-dua gajet jenis iaitu smartphone dan tablet.
Dengan Samsung Galaxy Note, anda tidak perlu mempunyai kedua-dua smartphone dan tablet device, lebih menjimatkan dan menyenangkan betul tak? Tapi persoalannya sekarang, adakah Samsung akan berjaya? Berikut adalah 5 ciri Samsung Galaxy Note yang saya suka.
More info here
  1. 5.3 inci HD Super Amoled Display. No doubt versi HD akan memberikan kualiti gambar dan video yang lebih baik.
  2. Kamera  8 megapixel. Satu kelemahan SGS adalah kamera 5 megapixelnya. Dengan upgrade ke 8 megapixel dan beberapa fungsi lain, rasanya semua orang boleh menghasilkan gambar seperti seorang professional.
  3. Bateri 2500 mAH. Untuk pengetahuan semua, bateri SGS adalah 1500 mAH dan masih boleh tahan sehingga ke malam walaupun dengan penggunaan yang berterusan. Kapasiti bateri yang lebih besar untuk Samsung Galaxy Note membolehkan anda menggunakan ia lebih lama secara berterusan.
  4. Full touch + S pen. Dah lama sebenarnya konsep pen stylus ni dilupakan oleh pengeluar smartphone dan kini dihidupkan semula. Saya sangat berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut bagaimana prestasi S pen ni pada Samsung Galaxy Note
So, how's ur opinion? Nak beli hp ni tak? Erk, kalau nak beli kena tunggu kerja dululah.. Kumpul duit dulu, kan.. Kalau suka entry ni, KLIK SINI.