Hai Welcome Here
" Welcome to my bittersweet diary " We can chatting here
|
refresh
profile
tutorial
affies
twitter
follow
Kau Masih Bagi?? Kenapa??}
Thursday, December 1, 2011 | 4:57 PM | 0Comment Kadang-kadang kita merintih bila diturunkan hujan. Tapi, akhirnya ALLAH beri kita matahari~~~ Allah, aku ingin berbicara denganMU. Kenapa Engkau masih beri.. sedangkan aku lebih banyak mengingkari daripada menuruti. Engkau beri aku kejayaan dahulu, tapi itu masih wajar kerana hatiku masih berbuih kesucian. Tapi sekarang, hatiku terlampau kotor. Sampai, aku rasa Engkau perlu beri aku hati yang baru. Allah, andai hati ini terlalu kotor, gantikanlah ia dengan yang baru Bukankah ada yang lebih layak daripadaku? Yang lebih mengingatiMu.. dan yang lebih.. lebih mencintaiMU. Sedangkan aku.. ibarat banduan yang dikejar dosa sendiri.. Kejayaan ini.. Walaupun bkan mendapat top 10, tapi, ini lebih dari yang kujangka. Alhamdulillah, aku tidak henti-henti mengucapkan syukur. Siapa kata aku tidak bersyukur? Ramai... bukan aku mengeluh tanda aku x bsyukur. Tapi aku mngeluh kerana ini satu ujian untukku. Adakah hati ini masih akan terus kekal bersama MU? Kadang2 ALLAH beri kesenangan untuk menyesatkan lagi hambanya yang lupa padanya? Bukankah sepatutnya aku takut? So much to worry. Lagi banyak yang perlu disyukuri. Dan lagi banyak cinta yang perlu dijaga. |