Hai Welcome Here
" Welcome to my bittersweet diary " We can chatting here
|
refresh
profile
tutorial
affies
twitter
follow
Gambar FB Dan Muslimah}
Saturday, November 12, 2011 | 3:08 PM | 0Comment Salam. Kali ni Husna teringat satu note dari kawan Husna tentang upload gambar di FB dalam Islam. Husna rasa patut sebarkan kepada semua mujahidah di luar tu. Hayatinya, ok? Assalamua'laikum wrbktu... bismillahirrahmanirrahiim, sebagai pembuka nota. Hari ini mungkin selalu kan, kita lihat gambar perempuan (terutamanya m u s l i m a h)? ya, saudari yg bersaksi bahawa tiada Tuhan yang sebenarnya melainkan Allah, dan saudari bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu utusan Allah, ya saudari seislamku! merata-rata, macam boleh katakan dah biasa.. nau'zubillah, ana terlupa.. benda yg kecil ni diambil enteng, benda berdosa, sudah tak ambil kisah.. alhamdulillah.. maka setelah sedar, tanggungjawab diri; amar ma'ruf nahi munkar diabaikan baru-baru ni.. ana rasa mcm b'salah kalau tak tegur saudari.. ana minta maaf dengan khilaf daripada diri, tapi ana hanya mahu mengajak saudari-saudari sekalian, supaya perhatikan balik.. betulkah apa yg sedang dilakukan oleh diri? redhakah ALLAH dgn gambar-gambar kita (yg berseorangan, yg beramai-ramai, menutup aurat dengan sempurna atau tidak, yg berniqob atau tidak, yg bertudung labuh atau singkat, dll.) yg dipaparkan di internet, yg beribu ramai lelaki b u k a n mahram boleh tgk, perhati, kita.. secara bebas lagi tak terbatas? mungkin saudari akan pertikaikan, mungkin saudari tak akan ambil peduli akan mereka yg lemah sangat (kaum adam), kalau ada apa-apa berkaitan dengan kaum hawa, tapi mana mungkin saudari boleh tanggung dosa-dosa zina mata mereka, yg berPUNCA daripada saudari juga, depanNya di sana nanti? mana mungkin saudari akan dapat jawab, "alah, mereka takkan tertarik pun dengan rupa ku yg tak seberapa ni, nanti.." .. berani, saudari nak jawab depan ilahi? berani saudari nak cabar kelebihan syaitan yg ALLAH bagi? Demi kemuliaanMu, pasti aku akan menyesatkan mereka s e m u a nya ... surah Sod;38:82, pasti akan aku menghalangi mereka dari jalanMu yg lurus..! kisah sepenuhnya, surah al a'raf; 152:11-17, aku pasti akan jadikan (kejahatan) terasa i n d a h bagi mereka di bumi dan aku akan menyesatkan kesemuanya.. surah al-Hijr; 15:39. sungguh, mereka takkan mengalah selagi kita masih hidup di bumi ALLAH ni.. mungkin, saudari tak secantik mana, mungkin saudari juga, tak semenarik mereka yg jelita, tapi saudari, kaum hawa juga boleh menyesatkan kaum adam tak lama juga nanti! saudari.. sangat istimewa sebenarnya, di sisi ilahi.. dikurniakan kecantikan luaran malahan dalaman yg tak terkira kehebatanNya. Kalau saudari kata kamu tak cantik, tak baik, tak menarik, adakah saudari sedar semua adalah milik DIA, yg esa juga? adakah saudari sedar, yg saudari sedang menafikan kecantikan ciptaan ilahi juga? eh..tak, ini bukan makna saudari perlu bangga dan berkata, "waah.. aku cantik jugak rupanya!" hehe, tapi ini hanya sebuah kesedaran, agar saudari bersyukur dgn setiap pemberianNya.. semua bkn ke milikNya? maka jaga lah amanah saudari tu seelok-eloknya... jangan sia-siakan kecantikan, kelebihan, keistimewaan saudari tu kearah maksiat! tunduklah pandanganmu, jadilah muslimah yg betul-betul percaya akan janjiNya...Maka berhati-hatilah dalam tutur katamu, sungguh.. ia semua akan dinilai disana nanti.
internet mungkin juga luar daripada rumah kita, bahkan ia tersebar seluas dunia. tambahan lagi, mungkin ada juga, yg letak gambar kerana berasa.. "eh, gmbr ni nmpk cantik lah pulak.. letak yg ni lah.." lepas tu, bertimbun-timbun pengomen dtg, puji gambar tu.. dan lagi ditakuti, nanti diri suka akan segala pujian yg diberi tu.. tak ke riyak, takbur, ujub pula jadinya nanti? saudari berani ka, nak lawan nafsu dan syaitan yg akan menjerat diri, ke lembah hina di sana nanti? dan lebih digeruni, saudari berani nak berhadapan dengan lelaki yg telah terpedaya kerana tertarik dgn keistimewaan/kecantikan/kelebihan saudari? saudari mahu, ada yg gila-gila, nak dekat saudari? tak mungkin aman saudari di sini & di sana nanti! mungkin seronok dapat segala pujian, tapi kita semua kena & sudah pun tahu, ALLAH lah selayak segala pujian.. bukan? dan pujian tersebut, yg disebut.. takkan kekal selamanya, takkan menjadi saham kita di hadapanNya nanti, pun.. tak ke rugi masa saudari seronok dengan perkara yg takkan kekal selamanya? maka ucaplah alhamdulillah sentiasa. supaya dapat peringatkan saudari, tentang kuasa DIA yg maha esa.. dan agar dpt kuatkan ingatan saudari, insyALLAH. sungguh, tak rugi kalau saudari jaga diri.. lindung diri.. pelihara segala yg diberi, utk bakal suami, utk mendapat redha ilahi. Cuba bayangkan, agak-agak ada ka lelaki yg beriman yg akan berminat utk menyunting perempuan yg dedahkan SEGALA kecantikannya kepada lelaki lain yg bkn mahramnya? maka dengan vice-versa, agak-agak ALLAH berkenan dan suka ka yg ingkar kepadaNya? yg tak mampu pelihara maruah diri, yg tak mahu berubah utk kebaikan diri... ? jangan kata, saudari tak mampu, selagi mana masih boleh b'nafas di bumi ini..! sungguh, hanya dengan kematian & akhirak kelak sahaja, saudari takkan mampu buat apa-apa kerana tiada lagi peluang utk bertaubat & berubah,
Saidina ‘Ali r.hu pernah berkata kepada isterinya, (iaitu) Fathimah r.ha: “Wahai Fathimah, apa yang terBAIK untuk seseorang wanita?” Fathimah menjawab:“Hendaklah dia tidak mel i h a t lelaki (yang bukan mahramnya) dan lelaki pun tidak melihatnya.” ‘Ali berkata lagi:“Tidakkah kamu malu? Tidakkah kamu cemburu? Salah seorang di antara kamu membiarkan isterinya pergi ke khalayak kaum lelaki dan dia melihat mereka serta mereka (para lelaki) pun melihat mereka pula.” (adz-Dzahabi, al-Kaba’ir,m/s.171-172) penutup nota, harap semua faham dengan apa yg ana nak sampaikan serta persoalan ana.. tak mudah mana, hanya perlu tepuk dada tanya diri, iman ada tak dalam hati? :) mana malu kamu, wahai wanita sejati, pemangkin generasi? mana maruah kamu, wahai saudari, yg inginkan redha ilahi? daripada diri yg ingin memperingati, wallahua'limulhakiim... wassalamua'laikum..wrbktu.
p/s; bkn LANGSUNG tak boleh upload gambar kita kat fb.. upload lah, boleh je. tapi pandai-pandai lah, bagi mereka tak melihat, apa yg tak sepatutnya dilihati! (private-kan album ke hapa ka) asalkan jgn kita menjadi punca segala fitnah, sudah ;) moga manfaat, moga sama-sama istiqomah, dan menggapai redhaNya, insyALLAH |