" F l o w e r "

flaw

Hai Welcome Here


" Welcome to my bittersweet diary "

We can chatting here

<>




Aku Rasa Bersalah? Patutkah??}
Thursday, December 1, 2011 | 1:12 PM | 0Comment


Aku rasa bersalah?? Patutkah aku rasa bersalah sedangkan aku buat sesuatu yang betul? Kesan? Kenapa perlu kisah kesannya? Aku buat bnda yang btol kan. Ni mesti kerja syaitan ni, mesti dia yang hasut aku agar menyesali apa yang aku buat. Tak boleh, aku mesti ingat..
Syaitan boleh membuat apa yang salah dirasakan baik dilakukan. Perkara yang salah dikatakan indah.
Apa yang dipegang takkan aku lepaskan. Apa yang aku buang takkan aku ambil. Kalau soal hati yang sakit, maaf. Aku tidak bersalah. Kau yang salah kerana tak memahami ad-Din ini. Takk... aku tak salahkan kau. Kau masih ada masa, bukankah ALLAH Maha Pengampun? Tapi jangan kau salah.. dengan menangguhkan taubat kau.

Kenapa aku melihat seperti kau menyalahkan takdir kau? Maaf kalau aku salah menebak. Tapi keadaanmu yang tidak terurus lagi yang buat aku pikir begitu. Kalau bukan, aku minta maaf. Kalau ya, tolonglah aku pinta agar kau terus menghargai hidupmu. Kau kata kau tak apa2? Buktikanlah. Teruslah ceria bagai kau baru mengenali hidup lebih bererti. 

Satu yang paling aku pohon.

Jangan kau menyandarkan harapan kepada selain ALLAH. Tolonglah, jangan! Kelak kau akan rasa pedihnya. Kerana yang berhak disandar dan tidak menyandar hanyalah Dia.
 Ahhh.. aku tidak tahu lagi bagaimana mahu minta maaf pada kau. Aku terlalu banyak menyakitimu. Aku tahu hatiku lebih kotor daripada kau. Aku tahu kau tak ingat padaku lagi, tapi aku pohon dosa aku pada kau sirna. Hilang. Bolehkah?? Entahlah. Dan Insya-ALLAH, aku akan berdoa agar kau diberi-Nya ketenangan. Rasa aman yang sebenar-benarnya.

Kerana ALLAH Ya Mukmin, Maha Pemberi Keamanan.