" F l o w e r "

flaw

Hai Welcome Here


" Welcome to my bittersweet diary "

We can chatting here

<>




Layakkah Aku Berhari Raya?}
Saturday, August 27, 2011 | 1:17 PM | 2Comment


Andai ini Ramadhan terakhir, layakkah aku berhari raya? Sudahkah aku memanfaatkan Ramadhan ini. Berapa banyak aku mengkhatamkan bacaan ayat2 cintaMU? Adakah 100, 500 seperti yang dilakukan oleh sahabat nabi? Layakkah aku aku bergembira? Kerana orang yang layak bergembira ialah yang telah memanfaatkan Ramadhan ini sebaiknya. Orang yang bersedih, bukan kerana teringatkan keluarga di kampung. Tetapi kerana menyesali amalan yang tidak mencukupi..

Ramadhan buahnya taqwa. Sudahkah aku layak menerima ijazah taqwa pada 1 Syawal ini? Sudahkah aku mendapat rahmatMU, ampunanMU.. Ya Rahman, Ya Rahim. Tetapkanlah hati2 kami selalu di jalanmu. Jangan, Ya ALLAH. Andaikata kami mati, matikanlah kami dalam imanMU. Matikanlah kami dalam keadaan mendapat mardhatillah (redha ALLAH). Zahirkanlah kami dalam golongan orang2 yang beriman.

Aminn...