" F l o w e r "

flaw

Hai Welcome Here


" Welcome to my bittersweet diary "

We can chatting here

<>




Cintaku.. Aku datang!!}
Friday, August 12, 2011 | 2:46 PM | 0Comment


Salam. Hari ni Twill nak berkongsi tentang cinta. Bila bercakap tentang cinta, kita lebih memikirkan cinta manusia drpd cinta ALLAH. Apa asalnya cinta'? Bila rasanya MEMILIKI dan DIMILIKI ada. Tahukah anda, hidup ni x boleh rasa memiliki dan dimiliki? Kerana yang memiliki itu hanyalah ALLAH, yang memiliki kita juga Dia. Jadi kenapa perlu cinta pada manusia? Cinta pada ALLAH itu apa? - ->

"Berharap hanya pada ALLAH. Hidup hanya kerana ALLAH. Berkawan hanya kerana ALLAH. Bercouple? Kenapa perlukan manusia utk mngisi kekosongan hidup? Ingatlah - cukuplah ALLAH untukku."

Bila bercinta, pasti ada ayat2 cinta. Namun, adakah pernah kita luahkan kata2 cinta pada ALLAH. Kalau ada, adakah seromantik kata2 cinta pada manusia? Sebaenarnya Twill merancang untuk minta apa yang kawan Twill tulis utk dikongsi dgn anda semua. Tapi dia x kasi, tau apa dia cakap? "Tak Boleh. Anti telah mencuri AYAT-AYAT CINTA SAYA UNTUK ALLAH..". Twill baru teringat - Twill belum ada kata2 cinta untuk ALLAH , belum balas surat cinta ALLAH yang beratus muka surat (al-Qur'an).. 
Ingatlah kita pada ALLAH ketika susah dan senang. Ingatlah ALLAH selagi kita masih bernafas. Kenapa kita harus terlupa pada ALLAH walaupun seminit? Sedangkan ALLAH ingat pada kita sepanjang masa. Selangkah kita datang pada ALLAH, Dia datang pada kita dengan berlari. Tidakkah kita malu padaNya, Zat Maha Agung?

Pada-Mu ALLAH, kami semua berdoa. Agar kau bukakan hati kami, agar kami tergerak menuju cahaya-Mu. Allah, benarkanlah kami berasmara denganMU pada malam Lailatul Qadar. Janganlah kau biar kami terus menjauhiMU. Ampuni aku ALLAH..